Follow je lah..

Khamis, 12 Februari 2009

Siapakah MB Haram Sebenarnya


Masih lagi berkisar dengan negeri Perak. Kemelut ini akan terus berpanjangan berikutan isu pilihanraya di Bukit Gantang. Bukit Gantang juga kian genting kerana di situnya mesej rakyat akan bergema menyatakan siapa sebenarnya MB Haram.

Dahulu di Terengganu, selepasa pilihanraya tiada MB yang dilantik oleh Sultan Terengganu dalam satu tempoh masa yang agak lama. Pun begitu, Sultan telah membuat keputusannya dan tiada siapa yang dapat menyangkal keputusannya itu termasuklah dari Idris Jusoh, pilihan Abdullah.

Sebenarnya, kes di Terengganu tidak sama sekali dengan apa di Perak. Di Terengganu dahulu, kemelut untuk melantik MB baru dan di Perak sekarang, MB Nizar masih tertakluk dalam perundangan bahawa dia masih seorang MB. Cuma yang menjadi pertembungan ialah, titah Sultan kepada mereka.

Nizar pun sedia mengosongkan kediaman rumah rasmi MB. Biarpun Nizar masih tidak mahu mengaku bukan MB, segala urusan rasmi kini sudah tertakluk pada kerajaan MB Zambry. Kerajaan MB Zambry ini ialah kerajaan yang dibina dengan cara mengguriskan hati dan tidak menghormati rakyat.

Jika anda membandingkan lompat parti BN ini seumpama lompat parti yang digembar-gembur akan dilakukan oleh Anwar dalam Pakatan Rakyat, perbandingan ini salah. Memang benar telah cukup ahli Parlimen untuk memajoritikan Pakatan Rakyat dalam kerusi Parlimen cumanya Anwar tidak memberi lagi keizinan untuk mereka mengisytiharkan lompatan itu. Apa yang Anwar lakukan untuk memastikan lompat parti Pakatan Rakyat ini ialah sah dengan membubarkan parlimen serta melakukan undi tidak percaya kepada Abdullah.

Jelas sekali, usul Anwar itu tidak diterima dan dibuang mentah-mentah. Abdullah tidak dapat ditumbangkan. Apa yang berlaku di Perak ini adalah satu input senario berguna untuk Pakatan Rakyat. BN memulakannya, dan Pakatan Rakyat akan menamatkannya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan