Follow je lah..

Sabtu, 1 Ogos 2009

Tak Kan Ampun Dosa Polis


Alhamdulillah, segala yang dirancang untuk menggegarkan ibu kota siang tadi benar-benar terjadi. Dan apa jua kemungkinan yang berlaku, telah pun berlaku sehingga kita di'seksa' sebegitu rupa demi sebuah perjuangan rakyat.

Sokongan padu rakyat akan terus mengalir dalam darah bersama memansuhkan ISA. ISA umpama Guantanamo sekalipun apa pindaan 'murni' yang mahu BN laksanakan. Tangkapan yang dilakukan, tangan yang tergari, pasti satu hari akan memusnahkan kezaliman yang mereka lakukan, dengan izin ALLAH.

Gas pemedih mata seolah menjadi buah tenis bagi permainan 'chopper'. Polis yang melontarkan peluru itu disambut oleh rakyat yang tidak takut dan gerun pada senjata itu. Lantas membaling sekuat hati kepada polis yang sedang membelenggu mereka.

Di satu sudut, beberapa pemimpin kanan Pakatan ditangkap mereka. Pasti malam ini tidur di lokap bersesak-sesak. Manakala Dr.Hatta Ramli dikasari sehingga baju terkoyak. Demi perjuangan, itulah risikonya dan risiko itu adalah makanan bagi kita.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan