Follow je lah..


Rabu, 21 Mei 2008

Dulu, Kini dan Selamanya

Pintu keluar UMNO sedang terbuka luas. Keluarlah semua ahli UMNO, ataupun anda akan menjadi seorang ahli yang taat membuta. Jika tidak mahu keluar parti, sokonglah Dolah dengan penuh hati.

Jika ingin mengikut jejak langkah Mahathir, agar UMNO berpecah belah. Ingatlah pepatah melayu ada mengatakan, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Robohkan UMNO kerana Dolah, UMNO musnah dengan dirinya sendiri dan bukan atas pihak lain yang menghancurkannya. Memang Mahathir sudah tiada kompromi lagi pada Dolah. Dalamilah sikap Mahathir sepertimana krisis beliau dahulu kepada Anwar. Kalau Mahathir sudah tidak suka, apa sahaja pun jadilah agar kau tahu aku tidak menyukai mu.

Tetapi sayang, jika keluar dari rumah bunglow tetapi tidak menetap di rumah lain. Ini bererti anda merempat dimana-mana mungkin buat sementara atau selama-lamanya. Sebulan dua merempat mungkin boleh bertahan, tetapi kalau bertahun, janganlah. Hidup merempat adalah sukar dan tidak sihat. Kita bina hidup baru. Mari memasuki rumah baru untuk kita berteduh dan berehat.

Hari ini Mahathir keluar dari UMNO, tiada Rafidah mahupun Hishamuddin memegang tangannya seraya memujuk Mahathir untuk menarik balik hasratnya. Peristiwa lalu tidak mungkin berlaku lagi kerana Mahathir sudah tiada kuasa, tiada jawatan, tiada faedah. UMNO mentaati pemimpin kerana kuasa yang ada pemimpin. Tiada kuasa dan tiada wang tiada siapa yang mahu mendengar. Melainkan yang benar ikhlas dan jujur.

Sanusi Junid, Mokhzani dan lain sudah keluar dan mengucapkan selamat tinggal UMNO. Tetapi ingat, jangan anda keluar tetapi perasuah dan perompak sedang berpesta di rumah anda. Merekalah yang dahulu perlu dihalau. Kerana ahli UMNO perlu tahu UMNO sudah tidak lagi seperti dulu, kini dan selamanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan