Follow je lah..


Ahad, 14 Jun 2009

Lu Mau Itu Chin Peng...


Sejarah yang berlalu tetap berlalu dan akan tersemat di buku-buku sejarah. Sebegitulah sejarah Malaysia, apa yang berlaku akan dikenang sebagai sejarah, samada sejarah hitam ataupun sejarah manis. PKM-Parti Komunis Malaya pun adalah sebuah cerita sejarah dahulu.

Jika kita melihat PKM pada 50 dan 60 tahun yang lalu, parti itu bukan parti pilihan rakyat atau masyarakat. Namun dilihat sebuah gerakan komunisme yang menggunakan kekerasan dan kekejaman. Dalam cerita Bukit Kepong pun, komunis telah dibuktikan sebagai sebuah kumpulan ketenteraan ala gerila dan mampu lakukan apa sahaja termasuk menyerang balai polis untuk meneruskan survival mereka.

Apabila PKM telah mengangkat bendera putih, tentera Melayu telah berjaya. Mereka berjaya mempertahankan negara. Tidak dinafikan, berapa ramai nyawa parajurit yang terkorban semasa sedang hebat mempertahankan negara sewaktu itu. Akhirnya, segala gerakan komunisme telah diharamkan termasuklah ketua mereka, Chin Peng di negara Malaysia ini.

Hari ini Chin Peng tidak dibenarkan menjejak kaki ke bumi Malaysia ini. Sentimen anti komunis masih kuat biarpun ia sejarah lampau di atas kertas kuning. Malah ada orang tertentu yang rela menunggu kepulangan Chin Peng jika masuk ke sini untuk tujuan membalas dendam kesumat berdarahnya.

Kebenaran dan kezaliman tidak boleh disatukan. Apa jua kezaliman Chin Peng telah lakukan, dan jika takdirnya dia memasuki ke negara ini, beliau harus dibicarakan di mahkamah. Keadilan mestilah dijalankan supaya orang yang zalim mendapat balasannya dan orang yang dizalimi mendapat pembelaannya. Maka dengan cara ini, dendam kesumat tiada.

Menjadi hak beliau jika beliau lahir di Malaysia dan mahu pulang ke negara tanah tumpah darahnya. Cuma untuk beliau kembali semula ke negara ini perlulah melalui beberapa proses keselamtan dan perundangan. Kini hal ini kembali kepada keperihatinan dan kebijaksanaan kerajaan kita sahaja untuk bagaimana cara menerimanya semula.

Berat rasanya barangkali bagi sesetengah orang melayu menerima kepulangannya semula. Tetapi ingatlah di dalam Islam, tetap ada istilah pendamaian dan kemaafan yang mana dapat mendidik semula jiwa yang dahulunya begitu kejam menjadi seorang yang mulia. Dengan itu, pendekatannya sahajalah mesti baik agar kerajaan dilihat lebih bijak dan matang untuk menegakkan keadilan. Ini dasar keadilan.

1 ulasan:

Rajuna berkata...

gua tak kisah je
dia datang sini kita tengok ah apa keluar dari mulut dia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan