Follow je lah..

Sabtu, 20 Jun 2009

Antara Dua Tok Guru Tiada Perbalahan


Kita sekali sekala biasa melihat perbezaan pendapat antara dua Tok Guru iaitu Nik Aziz dan Haji Hadi. Inilah yang menarik sebenarnya untuk kita lakukan sedikit analisis. Adakah perbezaan antara mereka sesuatu yang ketara sehingga meretakkan parti, tidaklah sehingga itu sebenarnya.

Perbezaan pendapat sebenarnya adalah bukti percambahan idea. Contoh terhangat dalam isu Kerajaan Perpaduan. Kita dikhabarkan bagaimana kedua-dua mereka kontra sama sekali dalam membincangkan kerajaan perpaduan. Tetapi, sebenarnya tidak.

Dalam Harakah tarikh 19-21 Jun 2009, telah dibincangkan secara panjang lebar. Dapatkan segera!. Diterangkan bahawa mengapa TG Nik Aziz bertegas untuk tidak menerima idea terbaru itu demi semangat syura dan pakatan yang telah kukuh dibina bersama para pembangkang lain. Buat masa ini, tidak sesuai sekali bagi mewujudkan kerajaan perpaduan hatta termasuklah definisi 'unity goverment' (UG) itu tidak tepat untuk mewujudkan kerajaan tersebut.

TG Haji Hadi mahukan kerajaan yang menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai teras pemerintahan. Inilah syarat utama yang sudah lama PAS hulurkan untuk UMNO menerimanya. Jika syarat ini tidak diterima, lupakan sahaja segala persahabatan atau cinta terlarang dua parti ini. Dua perkara pokok ini sentiasa diselindungkan oleh media UMNO.

Namun TG Haji Hadi berniat agar suatu hari ideanya (UG) akan diterima. Tiada siapa yang menghalang untuk memperbaik sesebuah kerajaan dengan cara aman dan hikmah. Cuma rasanya, sekarang bukan lagi sesuai untuk PAS bersama UMNO. UMNO cukup suka jika PAS seolah yang terhegeh-hegeh hendakkan mereka. Itu tandanya, UMNO lebih diperlukan daripada PAS.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan