Follow je lah..

Jumaat, 10 April 2009

Rempah Ratus Di Dalam Kabinet

Najib sebagai kepalanya. Kepala dalam pentadbiran dasar negara yang terdiri daripada menteri dan para timbalan yang lain. Sebagai kepala, seluruh anggota akan hanya mengikuti kepala, kerana kepala adalah anggota utama dalam sebuah jasad.

Pemilihan Najib dalam membentuk kabinetnya adalah seumpama sebuah percaturan. Hanya menyusun orang-orang tertentu untuk diletakkan ke dalam suatu pos tertentu. Samada terbukti mereka berjaya atau tidak, sebab itulah Najib membina paradigma baru dan mementingkan prestasi. Jika beliau memantau prestasi menterinya secara peribadi dan langsung, rakyat sudah lama menghitung prestasi peribadi dan langsung Perdana Menteri itu.

Prestasi pertama sudah jatuh dengan kalahnya BN dalam pilihanraya kecil. Signal ini cukup jelas kepada Najib, dan beliau juga tidak menjawab kelemahan yang dikaitkan dalam pentadbirannya. Prestasi peribadi pula berkaitan pembunuhan Altantuya dimana pada hari yang sama beliau mengumumkan senarai kabinet, kedua polis yang dikambinghitamkan menerima hukuman mati. Adapun usaha pembangkang untuk bertanya dan mengetahui hal itu dalam persidangan Parlimen, mereka telah dikenakan tindakan!

Mengapa harus Mahathir sekali lagi mencampuri atau sibuk-sibuk nak komen urusan negara dan kerajaan? Bukankah lelaki tua itu telah mencampuri urusan Abdullah dahulu. Proses pemilihan kuasa ini menjadi suatu perhatian Mahathir dan semua komen dan kritikannya disegarkan oleh media. Bahkan, Abdullah juga adalah bekas Perdana Menteri, tetapi Abdullah diketepikan dalam liputan media setelah meletak jawatan. Perlantikan Mukhriz menjadi Timbalan Menteri mengukuhkan lagi hujah ini.

Kementerian yang kritikal seperti KDN, Pertahanan, dan Kewangan dikawal ketat oleh Najib. Kawalannya ialah agar kepentingannya dan negara dijaga supaya beliau boleh menjadi PM yang berkuasa penuh. Menteri KDN atau ISA iaitu Hishamuddin suatu yang rakyat dapat tidak masuk akal. Isu PPSMI yang masih belum selesai oleh Hishamuddin adalah tamparan buat KDN menghadapi cara kerjanya itu. Zahid Hamidi akan memakai pakaian celoreng dan memegang senapang. Zahid naik pangkat, menjawat jawatan yang popular dan ada askar yang setia.

Tema 'Rakyat didahulukan' menjadi tanda tanya. Ada menteri yang telah kalah dalam pilihanraya bagaimana boleh diangkat menjadi menteri lagi. Nampaknya pilihan Najib diutamakan dan kemudian barulah rakyat. Jika orang yang telah ditolak oleh rakyat menjadi menteri kepada rakyat juga, kenalah menteri itu tebalkan muka.

BN jangan sesekali menggunakan perkataan 'Rakyat' kepada kabinet dan dalam apa jua usahanya. Rakyat telah berpakat menjadi Pakatan Rakyat. Jika BN benar-benar merakyatkan partinya, mana mungkin kalah dalam PRK yang lalu. Rakyat mahukan 'good governence' yang beriman, berakhlak, dan berkebolehan serta berfikiran tinggi.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan