Follow je lah..

Ahad, 12 April 2009

Permulaan Yang Mengecewakan Bagi Najib

Nasib Si Perdana Menteri ku yang baru. Najib yang baru beberapa hari dilantik menjadi Perdana Menteri hari ini melalui hari-hari yang mencabar. Beliau dicabar dalam sektor ekonomi dan politik yang kian meruncing. Peralihan kuasa yang berlaku seumpama satu hantaran kerja Abdullah kepadanya untuk diselesaikan.

Beliau yang telah pun pulang dari Thailand melahirkan rasa kecewa kerana sidang ASEAN yang terpaksa dibatalkan. Baginya, ini adalah aktiviti luar negara pertama beliau sejak dilantik menjadi Perdana Menteri. Semangat dan motivasi tinggi yang beliau bawa untuk ke sana sebagai membuktikan kesetiaan Malaysia, terbatal sama sekali.

Keadaan keselamatan yang tidak menentu telah menjadi sebab pembatalan sidang terbesar di rantau ini. Kesan pada Malaysia ialah, Najib tidak dapat membawa agenda negara dalam persidangan itu. Gelombang Thaksin di sana terlalu kuat sehingga benteng keselamatan Thailand runtuh.
Thailand harus belajar dari Malaysia bagaimana mencegah dan melawan rusuhan atau demostrasi kerana FRU kita akhir-akhir ini sangat mahir dalam bidang ini.
Kekalahan merampas Bukit Gantang dan Bukit Selambau yang dahulunya milik BN masih belum terubat lagi kekecewaannya. Perubahan yang mahu dibawa UMNO masih lagi tidak memberi tampak dan kesan drastik. Gula-gula BN masih belum dapat memaniskan lagi para pengundi terhadap persepsi mereka kepada BN. Inilah hadiah dari jentera UMNO dan BN kepada Presiden UMNO dan BN baru mereka, iaitu sebuah kekecewaan.

Penyusunan anggota kabinet masih lagi terdengar suara-suara yang tidak berpuas hati. Keciciran Khairy Jamaludin meanggotai kabinet cukup mengecewakan sesetengah penyokongnya. Namun bagi Najib, Khairy tetap tidak layak menerajui saf kabinet pimpinannya. Cuma nasib sahaja Khairy yang menang dalam pemilihan ketua pemuda lalu menyebabkan karier politik KJ masih bernyawa.

Sama juga UMNO Perlis yang terkilan kerana tiada wakil dalam kabinet dan MIC yang tidak diletakkan wakil mereka pada menteri kanan kabinet Najib. Najib kecewa kerana tiada semangat perpaduan terhadapnya ditunjukkan kerana orang dalam parti itu sendiri yang mempersoal dan tidak berpuas hati. Masalah dalaman BN harus diselesaikan dahulu sebelum menyelesaikan masalah rakyat. Tetapi sayang sudah terlambat, kerana hasrat 'mohon restu rakyat' mereka sudah tertutup oleh rakyat yang mereka perintah sendiri.

2 ulasan:

Adibah S berkata...

Hazim, betul ke niat di hati ingin menasihat Thailand tu? Dia mana lah faham. Kalau awk nasihatkan PM kita tu lagi berfedah. Betul tak?

Ayat awak sepatutnya,

"Malaysia sepatutnya belajar daripada Thailand iaitu jangan mengabaikan suara rakyat supaya rusuhan yang berlaku di Thailand tidak akan berlaku di Malaysia."

the hazim berkata...

Adibah S: Thailand dan Malaysia berbeza. Kemungkinan rusuhan yang berlaku tu dari sebahagian kecil rakyat dan tidak mewakili semua rakyat Thailand, kita tak tahu keadaan sebenar.
Ya pun Thailand sebagai tuan rumah untuk satu persidangan antarabangsa, hal seperti ini tidak wajar berlaku. pencegahan awal mesti dilakukan.
Kesan daripada peristiwa hitam ini menjejaskan imej dan hubungan negara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan