Dari 1 Januari sehingga 31 Disember setiap tahun negara kita merekodkan 41 hari hari cuti khas. 41 ini tidaklah termasuk cuti hari sabtu dan ahad. Ini bererti dalam setahun, kita akan bercuti selama sebulan 10 hari.
Keadaan cuti yang begitu banyak ini berbeza dengan negara lain contohnya Australia yang hanya ada 2 hari sahaja hari cuti khas. Keadaan 'cuti-cuti Malaysia' yang sangat banyak perlu dikaji semula.
Bagi sesetengah pihak, mungkin menyokong cuti yang banyak seperti ini. Dalam waktu percutian mungkin adalah waktu terbaik untuk melakukan kerja-kerja rumah, rekreasi, dan seumpanya.Inilah masa yang sesuai untuk membina hubungan erat sesama ahli keluarga.
Selain itu, cuti yang banyak juga membantu kita untuk menyusun semula rancangan sekiranya mungkin ada perancangan yang telah tersasar. Contohnya bagi yang masih belajar, cuti ini mungkin digunakan sebaiknya untuk melakukan ulangkaji atau menyiapkan tugasan pada satu-satu masa. Cuti juga lebih sinonim dengan rehat. Maka waktu rehat dari bekerja sekurang-kurangnya 5 hari dimanfaatkan pada hari cuti ini.
Kita tidak boleh nafikan juga dalam hal ini, cuti mampu melembapkan ekonomi negara. Bagi mereka yang berfikiran jauh, cuba kita lihat betapa banyak hari kita telah rugi. Selama sebulan 10 hari bukanlah satu tempoh yang sedikit tetapi ia banyak!
Bagi melihat lebih dalam soal ekonomi negara, kita cuba membuat perhitungan. Kita andaikan sehari negara mampu memperoleh hasil sebanyak RM10 bilion (RM1 000 000 000.00), maka 41 hari pula kita dapat memperolehi RM410 billion (RM410 000 000 000.00) . Sungguh banyak keuntungan yang kita perolehi bukan. Inilah kekayaan negara kita yang hangus begitu sahaja dek cuti begitu lama. Dalam nilai yang besar itu. pelbagai peluang saluran kewangan dapat diberikan atau disuntik bagi meningkatkan produktiviti dan kebajikan negara.
Dari sudut akademik, tempoh sebulan adalah tempoh yang lama. Dalam sebulan kita mampu mensasarkan pelbagai topik untuk dibincangkan. Mungkin 4 atau 5 sub tugasan kita dapat selesaikan dan ini menyumbang kepada peningkatan pengetahuan pelajar dan masyarakat.
Soalnya kini, cuti yang banyak ini apakah relevan dalam mencapai negara maju. Usahlah kerana cuti kualiti pekerjaan akan menurun. Slogan "Kerja bersama saya" mungkin boleh juga ditambah sedikit dengan "kerja dan cuti bersama saya". Usaha mebentuk negara ber"kerja" mungkin terganggu sedikit sebanyak oleh cuti. Cuti-cutikah Malaysia?
Follow je lah..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Bacalah juga:
-
Sejarah yang berlalu tetap berlalu dan akan tersemat di buku-buku sejarah. Sebegitulah sejarah Malaysia, apa yang berlaku akan dikenang seba...
-
Berdegar-degar Najib dalam menyampaikan ucapannya sambil membaca teks yang disediakan sempena Pemilihan UMNO semalam. Intonasinya yang lebih...
-
"Mamak, roti banjir satu..." oder seorang pelanggan kedai mamak itu..sedap di makan, lagi banyak kuah atau dalnya..maka lagi banji...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan