Follow je lah..

Sabtu, 5 Februari 2011

Antara Roti Canai Banjir dan Banjir





"Mamak, roti banjir satu..." oder seorang pelanggan kedai mamak itu..sedap di makan, lagi banyak kuah atau dalnya..maka lagi banjirlah roti canai tersebut..tak cukup sekeping, tambah lagi sekeping.
"Mamak, kiraa..." selepas dikira oleh mamak itu, dapati harga semakin naik berbanding dahulu. Tepung, minyak masak, minyak kereta, gula, dan sebagainya pantang naik harga..naik je harga item tersebut maka naik lah harga roti canai.

Hampir seluruh negeri di negara kita bukan sahaja mendapati harga-harga itu sudah naik, bahkan air juga telah naik membasahi dan merosakkan rumah. Kos sara hidup sudah semakin tinggi. Apa nak dibuat..?

Tilam,kerusi,perabot perlu dijemur..kalau rosak, dah rugi. Saat inilah kerajaan perlu menilai berapakah kerugian akibat banjir yang melanda satu Malaysia..dan perlu diisytiharkan berapa kerajaan menanggung kos banjir di negara kita...dan jangan lupa, apa pampasan jika ada..tak kan biskut dan nasi lauk kawah sahaja.

Satu Malaysia dah banjir...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan