Follow je lah..

Selasa, 1 Februari 2011

Mesir: Jangan Balik Dari Medan Pertempuran

Ramai pelajar Malaysia ada di Mesir..apabila ramai maka kepentingan negara ada di sana. Keadaan yang tegang dan penuh ketakutan menghimpit kehidupan mereka sehingga merentap keharmonian sebelum ini. Ini aspek keselamatan seperti mana pelajar kita di Indonesia yang segera dibawa pulang.

Sebab pelajar kita ramai di Mesir, kerajaan kena betul-betul membuat pertimbangan. Kos mahal kata mereka. Tapi dalam soal keselamatan dan nyawa..ia lebih berharga daripada harga sebuah projek mega kerajaan.

Namun..perjuangan menumbangkan pemimpin yang zalim adalah satu tuntutan dalam beragama. Mak bapak dah mula risau tak dapat call anak tny kabar dan suruh mereka balik segera. Zaman dahulu ketika jihad di idamkan, mak bapak berkata lebih kurang la begini maksudnya "Kau tak perlu balik, selagi perjuangan belum selesai..jangan lari di medan pertempuran!"

Perjuangan kita merentasi sempadan negara dan semangat nasionalis. Selamatkan Mesir untuk Palestine...Mesir, sebuah negara yang penting untuk Palestine.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan