Follow je lah..

Isnin, 2 Februari 2009

Jika Lompat Itu Baik

Bermula dari ahli BN, mereka melompat parti ke Pakatan Rakyat. Kemudian di susuli dengan ketua bahagian, ahli jawatankuasa, dan kini ADUN pula, bertukar parti. Kemenangan yang tidak stabil pada pilihanraya yang lalu samada di peringkat pusat atau negeri telah menjuruskan ia untuk berlaku.

Lompat parti atau tukar parti bagi sesetengah pihak ia dipandang negatif. Namun penilaian yang berhati-hati harus dilakukan. Jika lompat itu seumpama hijrah atau reformasi, perkara itu tidak dikira negatif. Perjuangan mahukan perobahan, dan perobahan mestilah disaksikan.

Di Perak, kini hangat dengan perletakan jawatan ADUN dari Changkat Jering dan Behrang. Apa yang diramalkan adalah tepat setelah mana mereka berdua hilang dari masyarakat. Akibatnya, suatu pilihanraya kembar terpaksa dijalankan ketika ini. Pakatan Rakyat mesti selamatkan kerusi ini dengan cara paling cekap.

Sebelum in di Bota, ADUN Bota telah mengisytiharkan penghijrahannya kepada landasan sebenar. BN sudah tidak lagi relevan dan meninggalkan parti itu dianggap munasabah demi kebajkan rakyat.

Apakah bijak untuk berada dalam parti yang bergelumang dengan maksiat rasuah, fitnah, dan pembohongan? Kegelapan parti itu tidak mungkin lagi disinari cahaya kerana telah 50 tahun ia berada dalam kegelapan. Keluarlah dari kegelapan itu, dan masuklah ke laluan yang terang.

Pertarungan ini menguji Menteri Besar Perak. Beliau bukan lagi berdepan dengan Tajol Rosli, tetapi kini Najib Razak. Bukan sebarangan orang petukaran ini kerana ia seumpama bertukarnya seorang Kapten dan di gantikan dengan Kolonel yang begitu besar kuasanya.

Bagi kita, pertandingan ini tidak hanya antara dua kuasa. Ia membabitkan maruah kerajaan negeri, kesepakatan Pakatan Rakyat, dan kekuatan pergantungan kepada ALLAH. Apapun, hal ini masih pada peringkat awal, nantikan pula isu-isu susulan selepasnya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan