Follow je lah..

Selasa, 3 Mac 2009

Imej Perihal Perak


Pintu masuk ke bangunan SUK tersebut ditutup dan dikawal ketat oleh kira-kira 100 anggota polis, mereka turut mengadakan sekatan jalanraya menuju ke situ -Harakah Apa yang dijangkakan sudah berlaku. Namun buat masa ini tiada lagi tangkapan dilakukan. Keadaan agak terkawal dan serius. Kita yakin, anggota polis terpaksa 'menurut perintah' sedangkan mereka tahu dan lebih faham apa yang telah berlaku itu adalah sebuah perjuangan rakyat dan bukannya jenayah.

Polis yang berpakaian preman bersarungkan bip adalah unit khas yang akan bertindak sebagai 'first line'. Mereka berpakaian preman supaya mudah untuk menyamar dan jika berlaku pergelutan atau dikejar oleh orang-ramai, dengan membuka bip akan menyebabkan mereka sukar dikesan. Polis berpreman ini atau SB lengkap bersenjata untuk pertahanan diri dan pada gambar itu juga kelihatan polis wanita.

Persidangan itu yang telah digangu-gugat terpaksa bersidang juga berlantaikan bumi dan berbumbungkan langit. Kelihatan sebuah pokok (tidak diketahui nama apa) menjadi saksi buat seluruh generasi anak Malaysia, di sinilah tempat dan martabat rakyat hinaan BN. Tiga usul telah diluluskan. Pertama; usul percaya kepada Nizar, kedua; pembubaran DUN, ketiga; menggantung Zambry dan enam exco kerana menghina dewan.

Sokongan dari rakyat kira-kira semuanya dalam 300 orang tidak pernah mengalah. Mereka telah memberi kerjasama sebaiknya dan mendengar persidangan tersebut. Rakyat Perak sudah tidak mahu dicabul lagi oleh BN. Perak akan lebih genting sekali lagi jika DUN dibubarkan selepas perkenan sultan. Buat masa ini para pemimpin PR sedang bertemu Sultan Perak bagi memohon perkenan. Kita percaya hal ini tetap menjadi perhatian DYMM Agong.


Banyak berita boleh diperolehi dari wartamaya dan gambar-gambar di delcapo. Pada pagi tadi Malaysiakini mendapat hit yang terlalu banyak sehingga mengalami masalah pada server mereka. Ini menjadi bukti bahawa apa yang berlaku di Perak mendapat perhatian yang ramai luar dan dalam negara.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan