Follow je lah..


Isnin, 2 Mac 2009

Abdullah & Najib Usahlah Campur Tangan

Perkara yang tertakluk dalam urusan kerajaan negeri, seharusnya kerajaan perseketuan tidak perlu sibuk campur tangan. Masalah negeri Perak yang hendak bersidang atau tidak tiada kena mengena dengan kerajaan Persekutuan. Mereka bergerak berdasarkan undang-undang di negeri mereka dan tidak babtikan parlimen, Abdullah, dan Najib.

Perkara yang macam inilah hendak disibukkan oleh mereka. menambahkan pening rakyat atau mengusutkan lagi berkaitan undang-undang dan bidang kuasa. Lupakah mereka bagaimana kurang asamnya mnggulingkan kerajaan Perak dengan tiba-tiba sahaja.

Apabila Sivakumar mengeluarkan notis untuk bersidang, maka yang dibenarkan sahaja harus hadir dalam persidangan itu. Tambahan pula persidangan itu langsung tidak membabitkan Abdullah dan Najib. Akan tetapi Najib pula kata tak sah dan hari ini pula berita mengatakan Abdullah pula yang tidak sah. Eh, Zambry sah ke?

Banyak alasan yang mereka gunakan sedaya upaya untuk menggagalkan persidangan itu. Mulanya alasan kena tunggu keputusan mahkamah lah, perkenan sultan lah, dan banyak lagi. Tahukah mereka berdua, Malaysia adalah negara yang bergerak mengikut undang-undang yang adil dan tidak hanya mutlak oleh seorang raja atau sultan atau Abdullah atau Najib.

Andai Sivakumar itu boleh ditangkap oleh pihak berkuasa mereka, pastinya beliau sudah ditahan. Boleh jadi cara paling kotor untuk menyerang Pakatan Rakyat ialah cara yang biasa digunakan iaitu dengan serangan peribadi. Boleh jadi serangan pada keselamatan dan juga tekanan-tekanan yang hebat dikenakan kepada Sivakumar.

Kita menantikan tarikh persidangan itu esok. Pelbagai kemungkinan besar boleh berlaku esok. Samada Sivakumar dilarang oleh FRU untuk masuk ke dewan, atau pun Zambry dan exco yang dihalang. Jika kedua-dua usul yang mereka bincang mendapat majoriti seperti pembubaran DUN Perak, apakah SPRM akan berkerjasama untuk mengendalikan sebuah pilihanraya peringkat negeri.

Inilah gambaran apa yang bakal terjadi. dalam semua gambaran ini tidak ada kena mengena dengan Abdullah dan Najib. Biarlah demokrasi berjalan lancar tanpa ada campur tangan dan masalah yang remeh dan temeh. Ingat, semua yang berlaku di Perak ini adalah angkara BN.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan