Follow je lah..


Jumaat, 20 November 2009

Politik Masa Kini

Seperti malam yang gelap, itulah misalan yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW berhubung susasana fitnah akhir zaman. Gelap dalam menentukan mana yang benar dan salah, mana baik dan mana yang lebih baik. Tanpa satu panduan yang jelas, kita akan terus meraba dalam kegelapan itu kerana kita kini berada pada akhir zaman.

Tidak hairanlah betapa komplikated sekali politik di Malaysia hari ini. Setiap parti-parti politik ber’perang’ bagaikan tiada hentinya dan negeri-negeri pula dengan krisis dalaman. Pelbagai perkara berlaku dalam suatu masa dewasa ini. Sebagai contoh pada masa yang sama kes Altantuya dan Beng Hock menghantui politik, kes MB Perak mencelarukan, serangan politik bertubi kepada PAS melemaskan, dan pelbagai lagi berlaku bersilih ganti.

Bagi kita yang beragama Islam tidak harus terkejut apatah lagi tertekan dengan isu-isu yang tiada noktah ini kerana kita telah diberi tahu awal dalam hadith nabi. Hanya orang Islam yang kurang ilmu dan iman akan selamanya duduk dalam kegelapan mengikut ketua-ketua mereka yang sedang sesat. Sesat mereka kerana dua dustur utama iaitu Al-Quran dan hadith telah disampingkan.

Melihat sekarang Pakatan Rakyat semakin hari semakin utuh apabila hari-hari ditekan dari pelbagai oleh BN. BN pula semakin lama semakin mendedahkan kecacatan yang ada pada parti itu selagi mana mereka sibuk mencari kelemahan Pakatan Rakyat. Sudah tiba masanya untuk menurunkan kerajaan BN dari kuasa pemerintahan setelah mengamati barah yang ada tidak mampu lagi dirawat segera.

Sekarang, rakyat sudah mula menghadam maklumat dengan baik, teliti, dan bijak. Biarpun media utama negara dikuasai oleh kerajaan BN sepenuhnya yang mencanggahi dengan etika mereka, rakyat celik tidak mudah dimomokkan. Capaian teknologi dan malumat dihujung jari yang ada abad ini mampu untuk member kita ruang mengkaji dan menimbangkan sewarasnya apa sahaja isu politik yang timbul.

Inilah salah satu faktor yang merubah bentuk politik zaman dahulu dan kini. Pembangunan minda yang pesat selari lahirnya peningkatan modal insan menukar politik kearah suasana intelektual. Wacana minda dan perbahasan sesuatu perkara suatu perkara yang disambut baik supaya rakyat dapat melihat apa yang berlaku sejelasnya dan menghapuskan budaya fitnah memfitnah. Bercakap atas hujah yang benar dan melaksana dengan berhemah.

Moga perkembangan baik ini mampu menyuluh sedikit demi sedikit kebenaran. Politik sangat penting kerana tanpa politik ibarat makan nasi tanpa lauk. Apa yang kita mahu ialah politik bersih, amanah dan adil setiap masa dan ketika.

*Tulisan ini telah dihantar ke pihak Harakah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan