Follow je lah..

Jumaat, 11 September 2009

UMNO Parti Islam?


"Najib menegaskan UMNO juga parti Islam, cuma tidak label kan sahaja."

Salah merekalah kerana tidak melabelkan identiti Islam andai benar yang mereka membawa mesej Islam. Islam mesti diwar-war sebagai syiar untuk semua manusia. Apa yang nak ditakutkan oleh UMNO jika melabelkan apa sahaja mereka buat adalah atas nama Islam.

UMNO memang bantu orang Islam mungkin dari segi ekonomi, pelajaran, dan kemudahan lain. Masalahnya, UMNO mengamalkan Islam secara terpilih. Bab feqah munakahat, muamalat, dan ibadah, mereka terima tetapi ada sebahagian lain, mereka buang.

Lihat juga ketegasan UMNO dalam Islam. Hanya seperti melepaskan batuk di tangga. Kalau Islam dah kata haram, tetap benarkan di negara ini melakukan operasi judi, jual arak terbuka, dan lemahnya pula denda dalam perundangan di mahkamah syariah.

Benda yang sangat penting seperti aqidah dan jihad, bukanlah menjadi aspek penting dalam UMNO. Kalau cerita jihad pun, jihad ekonomi lah, jihad basmi kemiskinan dan macam-macam perkara yang lain yang tidak tepat dari makna asal jihad itu. Sepatutnya mencegah mungkar mesti dikuasakan tanpa mengira kedudukan dan bangsa.

Baguslah ada banyak majlis berunsur keagamaan seperti Pertandingan Tilawah, Maulidur Rasul, Awal Muharam, Puasa, dan Hari Raya, yang sering disambut setiap tahun. Cuma masalahnya UMNO tidak mahu mentadabbur isi Al-Quran sahaja. Inilah bahaya yang ada dalam UMNO sehingga melahirkan bangsa yang sangat taksub pada perkauman.

1 ulasan:

serupasekala berkata...

"Najib menegaskan UMNO juga parti Islam, cuma tidak label kan sahaja."

KALAU BETUL ,UBAH DASAR PARTI ,SAMAKAN MATLAMAT DAN DASAR PARTI SAPERTI PARTI PAS ,SEMUA ORANG MELAYU AKAN SOKONG NANTI DAN PAS BERSAMA UMNO AKAN JADI SATU PARTI ISLAM MALAYSIA.

BOLEH KE AGAK NYA.......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan