Follow je lah..


Jumaat, 20 Jun 2008

Ini Kan Parti Abdullah


Sepertimana kata Dr. Mahathir, itulah benarnya. Kini parti BN sudah tiada melainkan ia diterjemahkan kepada parti Abdullah (Dolah). Semalam semua orang-orang Dolah (Dewan Tertinggi BN) sebulat suara mahu lagi Abdullah. Ini kerana kiblat politik mereka ialah Abdullah dan bukanlah kepada perhatian hasrat rakyat atau parti komponen mereka.

Ketua turus angkatan Parti Abdullah ialah saudara Adnan. Beliau umpama budak suruhan Dolah. Dahulu, ketika isu Karpal, beliaulah yang disuruh untuk membuat laporan polis. Kini dia kembali lagi menjadi hero kepada karier Dolah. Meneliti lima kenyataan yang dikeluarkan disebutnya dalam mesyuarat semalam, semua aspeknya adalah 'menyelamatkan karier Abdullah'.

Orang-orang Abdullah ini yang kini memegang kuasa BN mahu semua ahli Parlimen BN sokong kepada Dolah. Sekaligus ini menunjukkan kepentingan peribadi melebihi kepentingan parti mereka. Kalau Dolah dah tidak layak, apalah kiranya BN sahut akan undi tidak percaya itu. Pada masa yang sama juga, mereka sangat takut sekali ahli Parlimen BN melompat parti.

Benarkah Dolah mahu berundur jika begini keadaannya. Apabila ada orang yang mahu anda berundur anda melatah katanya dia tamak. Mengutuk keputusan usul undi tidak percaya itu. Seharusnya, pada waktu ini Dolah perlu jujur menerima keputusan SAPP itu adalah satu daripada 'slot' perletakan jawatan kuasanya (bagi BN mereka suka gunakan istilah peralihan kuasa, tetapi hakikatnya, perletakan jawatan). Yang mana, konsikuensinya adalah sama: Dolah sudah sukar diterima dalam BN.

Hari ini parti BN sudah tiada. Cuma yang tinggal hanya parti Abdullah sahaja. Sekarang kita perlu memikirkan bagaimana cara untuk melenyapkan parti ini. Berdasarkan kepada kelemahan Dolah, kita wajar memberi impak besar kepada mereka. Mereka tidak lagi berpegang pada prinsip demokrasi tetapi hanyalah demokrasi ala pura-pura. Parti Abdullah harus lenyap dan peralihan kuasa yang sebenar ialah peralihan kuasa pemerintahan dari parti Abdullah kepada Pakatan Rakyat.

Begitu murahnya maruah BN apabila mudah dibeli oleh Dolah. Pertahanlah Dolah sampai mati. Orang sudah tidak percaya akannya anda masih tegar mempercayainya. Kita cabar Parlimen, terima usul undi tidak percaya ini.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan