Kepercayaan adalah satu aspek yang terpenting dalam kehidupan dan berkait rapat dengan maruah. Apabila ada orang yang mula curiga atau tidak percaya kepada seseorang, bererti ada sesuatu yang tidak kena. Pastinya kehilangan kepercayaan itu datang apabila kepercayaan yang diberikan itu dikhianati.
Perdana Menteri (PM) yang kelima ini, Dolah telah menerima tekanan lebih hebat yang merupakan tekanan peribadi. Kini bukanlah tidak percaya pada BN atau UMNO, tetapi tidak percaya kepada PM sendiri. Dolah perlu jawab kalau tidak mahu imej (maruah) dipijak.
Sekarang sudah masuk langkah seterusnya dalam plan menjatuhkan Dolah dan BN. Tindakan Parti Progresif Sabah (SAPP) telah mencadangkan usul tidak percaya kepada Dolah. SAPP, yang merupakan parti kompenen BN di negeri Sabah (negeri yang BN menang) pun tidak percaya pada beliau, inilah satu lagi dilema 'rumah tangga' BN. Kita menganologikan masalah rumah tangga ini seperti si isteri (SAPP) sudah tidak percaya pada si suami (BN).
Cerita ini tersebar dalam Malaysiakini, Harakah, dan lain-lain lagi kecuali Utusan Malaysia. Pelik tetapi benar sehingga ke saat penulisan entri ini, tiada langsung berita mengenai usul tidak percaya kepada PM. Sebaliknya, berita yang dikeluarkan ialah usul tidak percaya Samak Sundaravej iaitu PM Thailand. Punyalah kelakar Utusan Malaysia. Gajah di depan mata tak nampak, kuman di seberang lautan boleh di nampak.
Gendang lompat parti nampaknya sudah berkedengaran di Malaysia Timur sepertimana yang dicanang-canang oleh Anwar. Anwar sebagai 'master-mind' memuji tindakan ketegasan dan keberanian SAPP. Namun, ini baru permulaan. Pertengahannya sedang tiba, dan pengakhirannya bagai sudah diketahui.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan