Follow je lah..


Selasa, 29 April 2008

Ahmad Said Mahu Royalti

Benarlah bahawa kerajaan pusat telah merompak duit rakyat Terengganu dengan mengambil hak royalti hasil bumi mereka. Menteri Besar baru, Ahmad Said dengan tegas dan lantang meminta Dolah untuk pulangkan duit Terengganu yang mana tindakan Ahmad sama seperti melawan 'tokay'. Bertentangan etika 'Yes,man' UMNO.

Sebab itulah antaranya mengapa Dolah beriya-iya mahukan Deris menjadi MB berbanding orang lain agar tidak ada siapa yang menghalang pusat mengaut royalti rakyat. Semasa Deris menjadi MB dahulu, Deris hanya mengikut sahaja telunjuk Dolah dan Deris boleh kaya raya. Lagipun Patrick Lim pun ada di sisinya.

Beberapa perbezaan wujud antara MB Terengganu baru dan yang lama ini walaupun dibawah satu parti yang sama. Sewaktu Deris memerintah, isu royalti tidak disuara melainkan selepas Ahmad menjadi MB, barulah ia disuarakan. Tetapi malang, suara Ahmad tidak didengari.

Ahmad kini sangat-sangat memerlukan bantuan kewangan. Mana-mana harta yang sememangnya hak milik Terengganu wajar dipulangkan semula. Menyedari negeri itu sedang mengalami banyak pembaziran dan menanggung hutang yang tinggi, wang adalah diperlukan segera. Apakan daya, Ahmad bukanlah MB pilihan Dolah, tekanan kewangan terus menghimpit beliau.

Kelantangan Ahmad kerana rakyat ataupun kerana Istana Terengganu, tiada siapalah yang tahu. Yang penting ialah: membela nasib rakyat. Selepas ini beliau harapnya tidak merobohkan lagi rumah rakyat untuk menjamin masa depan rakyat Terengganu yang lebih baik.

Semasa PAS memerintah Terengganu, isu royalti telah disuarakan tetapi selepas pemerintahan jatuh ke tangan Deris, ia senyap seketika. Hari ini Ahmad kembali meneruskan agenda PAS itu yang sememangnya agenda rakyat. Ahmad perlu bertegas dan berkeras kepada pusat bahawa royalti mesti dikembalikan atau Terengganu menempah kemunduran.

Sebuah lagu bertajuk 'Royalti' untuknya:

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan