Tiada agama lain di sisi ALLAH melainkan Islam. Sekiranya kita mencari selain dari Islam, maka kita telah mencari kemurkaanNya dan menjadikan hidup kian tidak berarah.
"Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabNya."

Ali 'Imran:19
Maka dengan itu kita tidak menerima segala apa bentuk yang dibawa selain dari Islam. Tiada lagi Islam Hadhari (IH). Sesungguhnya IH telah banyak menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam Malaysia terutamanya. Dari situlah ramai yang cuba mentakwilkan atau mengadaptasi IH kepada Islam, tetapi tidak berjaya. Bahkan Hadhari itulah cabangan dari ajaran Islam itu sendiri. Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad adalah lengkap dan IH yang dibawa oleh Dolah tidak lengkap sama sekali.
Usaha IH yang hanya diwar-war oleh Dolah dan tidak menteri atau kabinet yang lain walaupun Najib. Dolah lah pengasasnya dan Dolah lah Imamnya. Imam Islam Hadhari. Agenda beliau tidak lain adalah mahu memperkasa Islam dari satu sudut pembangunan dan ilmu sahaja. Bahkan dalam bicara perkara halal dan haram, hukum-hukum agama, sudah lama ia dibuang dari medan politik mereka.
Kini IH mereka hanya tinggal kepada seminar-seminar IH, kelab-kelab IH, dan idea sahaja. Tema Hadhari menjadi sebutan indah sahaja tetapi hasilnya tiada. Mereka tidak berjaya kerana mereka memilih selain Islam. Nampaknya, selepasa PRU-12, IH sudah tidak berkedengaran lagi. Apalah untungnya?
100% kita perlu menolak manhaj IH ini kerana kita memilih Islam. Jangan dicari kekeliruan dalam beragama. Kita yang telah teguh dengan Aqidah Islamiyah tidak seharusnya mudah terpengaruh dan menerima selainnya.
Tiba masanya untuk kita mengamalkan atau menunaikan kehendak Islam. Kejahilan yang cukup banyak kepada sebahagian umat Melayu adalah serius. Ada yang tidak tahu untuk mengungkapkan kalimah Syahadah dan lebih seronok untuk berhibur di pesta dan konsert maksiat. Kertelanjuran pemimpin membawa kepada kehancuran yang dipimpin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan