Follow je lah..

Sabtu, 23 Februari 2008

Manifesto PAS Selangor



Ketika Khir Toyo memberi ucapan merasmikan pecah tanah di Kampung Lindungan, rakyat Selangor yang majoriti daripada kaum India hadir ke sana. Mereka melahirkan kemarahan dan kekecewaan terhadap Khir. Mereka menjerit dengan berkata " Roboh kuil, lu cakap besar." Itu adalah rintihan rakyat yang tidak mahu di dengari oleh Khir sebenarnya. Bukan sahaja kuil yang dirobohkan, tetapi rumah rakyat juga dirobohkan seperti di Kg. Bemban Ampang.

Ketika rakyat Selangor berada dalam penat lelah mencari wang dan kemudian rumah mereka diroboh, exco beliau yang muntah kedarah memakan hasil rakyat membina mahligai. Siapa yang tidak berang dengan pengkhianat ini? Sultan pun murka kepada Zakaria Mat Derus . Mahligai ini lebih berfaedah dijadikan pusat khidmat masyarakat atau asrama rakyat bagi Negeri Selangor. Tahukah anda terdapat 16 bilik tidur dan 21 bilik air.

Rakyat Selangor yang miskin terus dihimpit kemisiknan dan yang kaya terus menggila. Lihatlah gambar di bawah ini, perbezaan bilik tidur Zakaria dan penduduk Kg. Bemban:


Kiri: Berlampukan kristal, tilam tebal yang lembut, luas lagi bercahaya.
Kanan: Berbumbung tikar, papan menjadi alas tidur, gelap tanpa cahaya,tiada lampu.


Saudara, inilah Selangor Maju 2005 yang haprak. Apakah ini tidak zalim? Kita masih ada sekitar 15 hari lagi sebagai masa untuk kita berusaha bersungguh-sungguh. Kebenaran perlu disampaikan kepada seluruh rakyat kerana kita sesekali tidak meredhai pengkhianat yang mengkhianati amanah rakyat. Kita marah dan geram.

Atas tujuan itu, PAS Selangor membariskan calon yang terbaik antaranya ialah daripada ilmuwan Islam (ulama') ,ahli akedemik, pengamal perubatan, arkitek, jurutera, dan pakar nuklear. Pada tarikh keramat 8Mac ini, semua pengundi akan turun membuang undi. Pada 9 Mac pula akan mengotakan janji mereka iaitu:

1.Potongan cukai pintu sebanyak 20% peratus kepada rakyat dan bagi tempat-tempat komersial potongan cukai pintu 15%.

2. Anak yang lahir sahaja pada 9 Mac 2008 mendapat dapat 'star-up fund'. Kerajaan Selangor akan memberikan sebanyak RM100 dalam akaun tersebut.

3. Kerajaan akan memberikan rakyat Selangor RM2500 caruman insuran dalam usaha meningkatkan kehidupan orang miskin kepada satu peringkat hidup yang selesa di negeri Selangor. Selangor akan menjaga kebajikan rakyatnya.

"Jangan bolak-balik hati kami Ya ALLAH tentang agama, tanggungjawab, amanah, dan tugas ini YA ALLAH. Iaitu tugasnya memulangkan martabat rakyat selangor kepada martabat yang sebenar. "



Semoga tanda aras baru akan diletakkan dalam petadbiran Negeri Selangor.



1 ulasan:

jawa berkata...

semoga islam kembali menyinar...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan