Follow je lah..


Isnin, 8 Mac 2010

Berita Lucah Dari Berita Harian

Malas nak cakap lah..macam dah takde berita lain dekat Malaysia ni yang boleh tulis atau hebahkan.

Setakat nak kata orang tu tak pakai coli atau tak pakai seluar dalam tak perlulah diletakkan dalam berita. Jatuhlah peradaban pemikiran bangsa.

Rais Yatim perlu buat garis berita..sekurang-kurangnya setelah menjadi lidah BN jangan pula menjadi lidah kedengkelan dalam industri kewartawanan.

Sila klik sini untuk lihat berita lucah itu.

Bruni tak pakai coli tarik perhatian

Selasa, 2 Mac 2010

Menteri Tak Pernah Pergi Pasar Beli Ikan


Sekarang ikan sudah kurang, angkara kerajaan BN. Macam-macam dieksperimentasi kan makanan rakyat. Orang kampung tak tahu apa itu 'insulansi' , yang dia tahu harga ikan dah naik angkara kerja orang yang tak pernah pergi ikan beli pasar.

Kalau ada pun menteri turun pasar ada lah, tu pun jenguk2 tengok harga sahaja..Mereka tak beli, mereka tahu apabila tiba waktu makan atau jamuan jom pergi makan.

Hal ini perlu dikaji semula..jangan ada udang disebalik batu..atau..baling batu sorok tangan.

Makanan rakyat adalah kebajikan yang utama dan jangan pula itu juga mahu dijadikan isu. Noh Omar selalu pergi beli ikan?

Rabu, 24 Februari 2010

Alih Isu: Wanita Sektor Awam

Isu yang baru ditimbulkan, iaitu perempuan ramai di sektor awam. Bukanlah isu yang besar kerana di universiti tempatan pun, perempuan lebih ramai berbanding dengan lelaki. Ke mana pergi orang lelaki?

Apabila hal ini diutarakan, ia sebagai satu penghormatan kepada wanita yang kini ramai dalam sektor awam sehingga kerajaan telah mengakuinya. Ia mahu mengalih isu wanita disebat, maka kononnya dengan isu ini boleh menaik semangat dan kebanggaan para wanita zaman ini.

Apakah ini petanda selepas ini jawatan tertinggi dalam organisasi akan di dominasi oleh wanita? Bos-bos dan lembaga pengarah syarikat majoritinya perempuan?

Tidak ada masalah besar kerana lelaki di Malaysia masih ramai. Kerjasama yang baik haruslah dimetrai bersama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan