Follow je lah..

Rabu, 11 Mac 2009

Dia Tukar Topik Pulak

Pandai saja BN nak tutup pekong mereka. Katanya marilah bersama-sama memperjuangkan ekonomi dengan melupakan kemelut politik di negara kita. Dengan pembentangan belanjawan mini baru-baru ini, BN cuba untuk mengalihkan fokus rakyat sebenarnya.

Jika Najib kata negara tidak gawat tetapi kita hairan mengapa perlunya belanjawan mini ini. Apa-apapun tidak mengapalah demi menyelamatkan periuk nasi masing-masing. Biarpun berbillion-billion wang dilaburkan, harapnya kualiti pengurusan akan meningkat dan masalah sosial yang berpunca dari kesan kereduman ekonomi dapat berkurang.

Ekonomi sentiasa dipengaruhi oleh situasi politik. Perumpamaan yang mudah boleh dibuat seperti cerita dibawah:

Di sebuah taman, terdapat dua orang pemuda yang menjual cincaluk. Mereka sangat rapat dan sentiasa bantu-membantu sejak dari awal perniagaan sehinggalah sekarang mereka mampu membuka gerai di tepi jalan yang khusus menjual cincaluk. Dijadikan cerita, pada suatu hari mereka bergaduh kerana mereka berdua berebut pada seorang gadis untuk dijadikan teman istimewa. Akibatnya, perhubungan mereka renggang dan masing-masing tidak mahu bertegur sapa serta sudah hilang keyakinan.

Pada pendapat anda, adakah perniagaan cincaluk mereka akan berjaya seperti dahulu?

Orang yang berakal biasanya berkata barangkali perniagaan itu akan terjejas. Mana mungkin mereka boleh bekerjasama andai semangat kerjasama sudah diganti dengan permusuhan.

Maka perumpamaan begitulah sebaiknya untuk difikirkan adakah dengan mngenepkan politik mampu untuk kita berjaya meningkatkan ekonomi. Kerana dalam masa yang sama, hak rakyat ditindas, sistem keadilan punah, dan tekanan polis ditekan hebat kepada pembangkang. Kalaulah sebuah negara itu kucar-kacir angkara politik yang tidak menentu, pasti tiada pelabur yang mahu untuk melabur di negara itu.

Keadaan politik negara sekarang yang banyak tidak memihak kepada BN cuba dialihkan fokus. Tutup cerita politik yang semakin hari semakin mendedahkan kelemahan mereka dengan membuka cerita ekonomi sedangkan kedua aspek itu berkait rapat. Barangkali harapan mereka untuk menang dalam pilihanraya kecil kelak tipis, maka teknik 'tukar topik' yang mahu dilakukan untuk cover line.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan