Follow je lah..

Ahad, 8 Mac 2009

Kebangkitan Nabi Muhammad


Nabi Muhammad SAW lahir di dalam kota yang penuh kegelapan. Kegelapan yang bersarang kejahilan dan nafsu sebagai tuan. Zaman kejahilan itu tidak ubah, masa demi masa dan hari demi hari sehinggalah sekarang jika kita dapat melihatnya.

Nabi mengajak orang yang terdekat untuk bersamanya menerima Islam yang lagi benar dan suci itu. Utusnya Nabi adalah untuk menyempurnakan akhlak dan kata Saidatina A'isyah, adalah akhlak Rasulullah itu seumpama al-Quran. Akhlak mulia menjadikan Nabi untuk menolak keburukan dengan kebaikan dan menjadi insan yang paling dipercayai.

Akhlak sangat penting dalam segala hal. Manusia yang tempang akhlaknya akan mewujudkan generasi yang rendah IQ dan nilainya. Hidup seks bebas bergaul lelaki dan perempuan, anak dibuang merata seperti sampah, dan membunuh lantaran dorongan amarah adalah antara satu cerminan bagaimana tamadun insan kecundang akhirnya tanpa bimbingan akhlak dalam segala aspek itu. Inilah yang berlaku kini dan malang lagi bagi anak melayu yang setiap masa diratah keimanan mereka dan diganti dengan kebodohan.

Tentangan demi tentangan adalah fitrah para Nabi. Perjuangan mereka yang tidak ada istilah 'kalah' dan 'noktah' adalah sangat bertepatan. Asalkan, Islam dapat bertapak dan bertakhta dalam setiap hati nurani insan dan negara yang aman. Bila dan mana bukanlah kerja kita yang menentukannya. Kerja kita adalah untuk terus berdakwah.

Orang yang ingkar tetap mengaku bahawa ALLAH yang mencipta langit dan bumi. Namun, mereka tidak mudah untuk mengimani kepada ALLAH. Apabila ditawar dengan wang dan harta, boleh jadi manusia sudah tidak nampak lagi mana yang haq dan mana yang batil itu. Jangan dicampurkan haq dan batil itu bersama-sama kerana ia adalah berbeza. Orang Islam sesekali tidak akan sembah kepada berhala dan orang kafir juga tidak menyembah apa yang kita sujud selamanya.

Satu persatu Nabi kita menempuh duri dan halangan dalam membawa Islam. Kita tidak akan mampu memperjuangkan Islam jika dalam hati kita masih ada rasa cinta kepada dunia dan takutkan mati. Ingatlah mati dan kendurkan rasa cinta kepada dunia supaya kita beroleh kemenagan abadi.

Salam Maulid Rasul 1430 Hijriyah dari sujudterakhir.blogspot.com

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan