Follow je lah..

Isnin, 8 Jun 2009

Siapa Musuh PAS?

Orang yang baik seperti Nabi Muhammad S.A.W. pun mempunyai musuh. Malah Islam sendiri sentiasa berhadapan dengan musuh lebih-lebih lagi semasa Rasulullah sedang giat menyebarkan Islam. Hairanlah jika PAS tiada musuhnya.

Musuh yang nampak boleh kita bersedia menghadapinya. Selok-belok dalam melawan musuh mungkin sudah lama diketahui. Seumpama orang yang sudah berpengalaman dalam persilatan, setiap buah pukulan pasti akan ada buah tepisnya.

Jika PAS menganggap seteru politik, seperti parti lawan kepada PAS adalah musuh, sesuatu yang diterima logik. Ini kerana ada pihak yang tidak suka pada misi dan pembawaan PAS itu sendiri. Musuh itu mungkin seorang yang sekular dan ada juga yang bersifat bermuka-muka.

PAS memang sudah biasa diserang dari pelbagai sudut dan dari pelbagai medium. Membawa Islam bererti sedia membawa beban dakwah yang tidak pernah sunyi dari tentangan. Tentangan yang bahaya adalah kejahilan manusia daripada memahami manhaj Islam. Maka kejahilan juga adalah musuh PAS.

Dari diri yang jahil, maka boleh datang pelbagai penyakit yang lain. Seperti penyakit hasad, bergaduh pada hal yang kecil, dan melanggar peraturan parti. Hal-hal ini harus dielakkan dan jangan diri terlalai oleh syaitan yang membawa isi dunia sebagai perhiasan mereka.

Rata-rata, tidak kira agama dan bangsa, masyarkat sudah boleh menerima PAS. Ini kerana PAS membawa Islam, kesejahteraan. Maka sepertimana perbankan Islam yang diterima pakai oleh kebanyakan bank terkemuka, maka begitulah cabangan Islam yang lain mampu diterima oleh ramai pihak kelak dahulu, kini dan selamanya.

Cara dan strategi yang bijak akan menyelamatkan PAS dari musuh yang tidak diduga. Oleh itu pendekatan ulama dan profesionalisme sangat besar peranannya. Jangan pula ulama dijadikan musuh pula dek kerana rasa diri sudah cukup tampan dan gagah.

Setelah tamatnya muktamar ini, semua perwakilan akan kembali ke pangkuan madu' mereka masing-masing. Resipi sudah diberi, kini bawa pulang untuk dimasak dan dihidangkan. Hidangan yang baik dan lazat, pasti siapa sahaja akan tertambat.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan