Follow je lah..

Isnin, 14 Februari 2011

Perhimpunan Yang Kebal FRU




Macam biasa di Malaysia, bila tibanya Maulidur Rasul atau Maal Hijrah..kita digalakkan oleh kerajaan untuk berhimpun secara aman bagi membuktikan kononnya kesetiaan dan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW.

Boleh ajak tua muda, miskin kaya dan semua rakyatlah untuk bersama berarak. Konfem tak da yang nak merusuh sebab semua niat berhimpun secara aman. Barangkali FRU pun tak da di kawasan tersebut, kalau ada pun hanya tengok-tengok sahaja.

Tapi apa berlaku, apabila rakyat berhimpun untuk sesuatu isu secara aman, contoh terdekat perhimpunan anti-mubarak, ada sahaja yang kena tangkap dan sembur...tapi mereka tetap juga berhimpun secara aman.

Berarak sempena Maulidur Rasul tidak memberi kesan yang besar..habis2 dapat makan tengah hari percuma..kita perlu ubah satu cara yang lebih berkesan, biar betul-betul kena pada sanubari mereka bahawa kita ada Rasulullah SAW dalam segala urusan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan