Follow je lah..
Sabtu, 6 Jun 2009
Jumaat, 5 Jun 2009
Selamat Bermuktamar
Muktamar adalah satu komponen yang penting dalam menggerakkan sebuah organisasi tidak kira sebesar mana pun termasuklah sebuah institusi keluarga. Apabila semua perwakilan dan ahli bertemu dan bersidang, membincangkan masalah dan strategi akan datang.Muktamar ini seumpama satu platform untuk mengembalikan cas kepada semua jentera agar terus bersemangat dan kuat menempuhi badai yang besar. Mesyuarah adalah sesuat yang diberkati dan keputusannya sesuatu yang dihormati. Pada zaman Rasulullah dahulu pun, amalan mesyuarah dan bertukar pendapat diamalkan dengan baik dan segar. Segalanya dibimbing wahyu.
Mengutamakan pandangan jemaah adalah lebih utama daripada pandangan peribadi atau kumpulan kecil. Oleh itu, perwakilan harus bersedia dari segi mental dan rohani serta melonggarkan sedikit keegoan yang mungkin dibawa sama ke muktamar itu.
Selamat bersidang wahai tentera ALLAH.
Rabu, 3 Jun 2009
Dari JayaSupermarket Ke Stadium Gong Badak
Runtuhan yang baru berlaku dalam tempoh kurang dua minggu ini sebanyak dua kali. Kali pertama berlaku di Petaling Jaya iaitu bangunan bekas mercu tanda, Jaya Supermarket. Runtuhnya ia telah mengorbankan perkerja buruh dari Indonesia.
Dalam malapetaka ini, perkerja buruh seperti merekalah sentiasa terdedah pada risiko kecelakaan besar. Ini kerana merekalah yang me'ngerja'kan bangunan tersebut dari sebuah batu bata hinggalah menjadi sebuah bangunan besar atau mercu tanda. Mereka tokay-tokay hanya kira wang dan mengurus di pejabat-pejabat berhawa dingin sambil duduk di atas kerusi-kerusi empuk.
Apabila berlaku malapetaka seperti bangunan runtuh ini, maka tokay-tokay itu akan dicari. Jika ada bukti kesalahan mereka, mereka akan dipastikan untuk dibawa ke mahkamah bagi menjatuhkan hukuman.
Runtuhan kedua pula yang terbaru ialah bumbung Stadium Gong Badak, Terengganu. Stadium ini juga adalah mercu tanda bagi negeri yang terkenal dengan tempat penyu bertelur itu. Kerajaan negeri adalah antara pihak yang bertanggungjawab untuk menerangkan masalah tersebut.
Alhamdulillah, dalam runtuhan itu tiada nyawa yang terkorban. Namun masalah ini adalah sungguh serius dan peringatan awal. Seandainya stadium itu sedang berlangsung perlawanan sukan dan dihadiri oleh ribuan penyokong termasuk VVIP, ini adalah bencana terhebat! Jika ada bukti rasuah atau korup, sila bawa ke mahkamah juga ya.
Langgan:
Catatan (Atom)
Bacalah juga:
-
Satu sudah menjadi fobia dikalangan rakyat masa kini. Mereka sudah tidak boleh lagi mendengar 'satu' kerana 1 Malaysia cukup menakut...
-
Baru nampak bayang-bayang, sudah mahu angkat kaki cabut lari. Tak pernah rasanya BN tarik diri dari sebarang pilihanraya walau sekecil manap...
-
Blog Kopi Secawan mengucapkan selamat kembali semua pelajar atau rakyat Malaysia dari Mesir. Tiket free beb, jangan lah tak balik...kerajaan...


