Follow je lah..


Selasa, 4 Mac 2008

Biar Nyawa Melayang



"Biar nyawa melayang, jangan negara ku hilang!

Bukan bererti darahku murah atas jasa yang ku sembah.
Tetapi aku, adalah antara tentera bermaruah!"


Setiap tentera mempunyai maruah yang berharga kerana mereka adalah wira yang berada di garisan hadapan dalam pertempuran. Jiwa dan raga termasuklah aqal dan iman mesti dijaga. Logo angkatan tentera jelas menyanjungi ALLAH dan Nabi Muhammad. Maka logo itu adalah satu kemuliaan yang diletakkan di setiap hujung kepala parajurit. Berkorban nyawa bukanlah mudah jika tidak dibawa bersama kecekalan dan ketabahan. Bahkan bukan sahaja nyawa yang ditaruhkan, malah maruah seorang tentera adalah yang teragung.

Panglima Tentera mesti mempertahankan kemuliaan dan kedaulatan sebuah tenteranya. Jika kita diserang dengan senjata, kita pertahan dengan senjata tetapi jika kita diserang pada maruah, kita mesti bangkit seperti singa yang kelaparan terjaga dari tidur angkara seekor keldai yang membuat bising. Singa itu mesti mengamuk dan merantah daging keldai malang.

Kini bukan mainan lagi, jelas di mata, maruah anggota tentera tercalar demi kesinambungan sebuah kezaliman. Mereka yang hina memanipulasikan tentera untuk kepentingan mereka. Mereka itulah BN, yang keji lagi keji pada perbuatannya. Tergamak menggunakan institusi ketenteraan negara untuk mendapatkan undi haram mereka. Berdasarkan undi pos seorang tentera, BN mengambil kesempatan untuk menyeleweng dalam undi pos tentera seperti pertindihan nama.



Sekali lagi kita ditipu oleh SPR. SPR yang merupakan kuda tunggangan BN adalah suruhanjaya yang sehina-hinanya. SPR membuat pelbagai angkara, dari nama bertindih dalam undi pos, kad pengenalan palsu, senarai nama pengundi hantu, pengundi tertua, hatta yang terkini membatalkan dakwat kuku mencorotkan lagi reputasi SPR. BN yang merancang untuk mereka menjadi hina dina! Anda bakal berhadapan dengan balasan atas kekejian anda.

Seluruh saf pejuang akan berusaha sehingga ke akhir hayat kami mempertahankan keadilan dan kebenaran, biar nyawa melayang. Kita akan mengadu kepada ILLAHI dan memohon bantuanNya.

"Ya ALLAH, bantulah ISLAM dan umat ISLAM, dan bantulah kami yang berada dijalanMU. Perbuatan BN dan SPR membibitkan kemarahan dan mengancam keselamatan negara. Bantulah kami agar terus kuat dan tidak menyerah"

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan