Follow je lah..


Sabtu, 16 Ogos 2008

Sah Sumpah Saiful?

Sekarang Saiful telah bersumpah dengan menyebut lafaz ALLAH dan bersedia untuk menerima daripada akibat sumpahnya. Namun dalam sumpahnya itu penuh dengan persoalan dan tanda tanya. Sah kah sumpahnya?

Pertama, sumpah Saiful itu hanya diadakan di dalam masjid dan perbuatan itu tidak diadakan diatas perintah seorang hakim yang adil. Tambahan pula hanya seorang imam Masjid Wilayah yang terlibat. Katanya ada ulama dan mufti yang mengajarnya dan tidak disebut ulama muktabar manakah gerangannya. Di dalam Islam juga, sumpah tidak memerlukan kepada memegang Al-Quran. Apatah pula Saiful yang memegang pada kitab suci itu dengan tangan kirinya.

Lafaz tidak dijalankan dengan satu lafazyang lancar. Sebaliknya ada tersangkut sangkut dan dengan kesilapan. Dalam sumpahnya, beliau tersalah menyebut 'Watallahi' kepada ' Wataa`lahi'. Selepas itu, beliau membetulkan semula. Beberapa saat kemudian beliau tersilap tarikh pula dan beliau betulkan. Kesalah yang dibuat itu hanya dibetulkan padah perkataan sahaja tetapi tidak diulang seluruh ayat itu semula.

Saiful mengambil langkah berdiam diri. Sememangya itu mungkin atas nasihat peguamnya. Banyak perkara yang bila ditanya oleh wartawan berkaitan dengannya beliau tidak mahu menjawab. Waktu sumpahnya juga adalah sehari sebelum penamaan calon yang mana menguatkan lagi dakwaan bahawa kes ini ada kaitan dengan politik.

Dalam sumpah itu juga yang paling menarik, beliau mengaku diliwat pada 26 Jun 2008. Sedangkan pada 25 Jun 2008 beliau sudah pergi ke rumah Najib untuk mengadu bahawa dia diliwat. Oleh itu, mana satu yang betul.

Sebenarnya, hukum kaedah feqah yang manakah digunakan oleh Saiful dalam feqh jenayah ini? Janganlah tindakannya itu menunjukkan lagi kejahilannya pada ajaran Islam setelah perbuatannya pergi ke hospital mendedahkan beliau seorang yang mengalami kesukaran membuang air besar.

Lihat video sumpah di sini.

Komen Dr. Haron Din.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mestilah gelabah. beb,sumpah dengan Allah kot. takan takde ape2 perasaan. mestilah gerun. tataula kalau anwar boleh bersumpah tergelak2 senyum plak nanti..btw, anwar brani ke bersumpah?cakap lebih je aku tgk. buat tarak. kosong2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan