Follow je lah..

Selasa, 17 Mac 2009

Membawa Singa Ke Hutan

Semenjak beberapa hari dan bulan yang lalu, ratanya tidak senang dengan kehadiran seekor singa yang ganas itu. Singa yang dipercayai berasal dari sebuah pulau datang untuk memamah dan melumatkan semua kancil dan pelanduk yang mempunyai sifat bijak tapi menipu.

Bengisnya singa itu meyebabkan hampir 100 ekor kancil berhimpun dan melawan. Apa-pun kancil-kancil itu tidaklah berani melainkan hanya tunjuk gagah di celah rimbunan tempat singa itu berteduh. Kancil itu hanya berani apabila jauh, tetapi apabila dihampiri, berlarilah lintang pukang.

Singa ini memang tidak mengenal sesiapa termasuklah rakan dan lawan. Rakan di makan jangan dan lawan di bunuh tiada. Hanya cengkaman dan bengisnya itu yang mampu mengaum menggegarkan seluruh kawasan.

Memandangkan sukar untuk menjinakkan singa ini, anak singa telah dirampas. Anak itu sudah dipatahkan kaki supaya tidak dapat berlari lagi dan mengejar semua kancil dan pelanduk. Nampaknya susahlah anak itu mahu cari makan lagi, tapi apa yang paling penting ialah untuk melindungi bapanya daripada musuh-musuh yang berkeliaran.

Tidak cukup lagi, baru-baru ini akhirnya kancil dapat melawan singa itu. Singa itu berjaya dikepung dan tidak ada tempat lari lagi bagi singa itu melainkan ke hutan. Oh, itulah silapnya. Membawa singa ke hutan adalah satu kesilapan kerana hutan itu adalah tempatnya.

Singa adalah raja rimba. Di rimba tempatnya bermain dan berburu. Jika mahu mengalahkannya, di rimba beliau mampu survive dan mecari kekuatan. Di situ juga ada kancil, yang satu persatu akan dia selesaikan.

Singa, sang raja rimba!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan