Follow je lah..

Selasa, 17 Mac 2009

Shah Rukh Khan Ketua Menteri Melaka

Sekali lagi ni tak tahulah apa yang akan jadi jika terjadinya bahawa DUN Melaka dibubarkan atas sebab Ketua Menterinya yang tak boleh diharap langsung. Kalaulah Perak bubar dan Melaka pun bubar, nampaknya Najib mungkin tidak dapat jadi PM lagi. Melopong!

Sudah dihukum Ali Rustam tidak dapat bertanding. Itulah hukuman yang ringan sahaja dan tidak memberi pengajaran! Sama lah kepada KJ yang diberi amaran itu sebenarbya tidak ada maknanya. Kes ini tidak selesai sehingga mereka dibawa ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman seperti mana orang awam yang telah dituduh rasuah. Gari dan humban ke penjara!

Kalaulah Ali Rustam sebegitu, nampaknya mesti ada undi tidak percaya kepadanya di negeri Melaka. Kita tidak mahu pemimpin yang rasuah sepertimana sarananan Tun Mahathir kepada orang BN khas dan rakyat amnya. Jika memilih Ketua Menteri, kita tidak mahu Ketua Menteri yang rasuah kelak habis Melaka digadai. Sudahlah dahulu Melaka digadai kepada penjajah, jangan pula kali ini Melaka sekali lagi menerima nasib malang. Malangnya itu tertimpa atas rakyat Melaka.

Lihatlah, pemimpin tertinggi dalam UMNO pun kurang disiplin maka bagaimana untuk dicontohi oleh orang bawahan. Kepimpinan dalam teladan mungkin sudah tidak relevan buat UMNO kini dan selamanya. Untuk KJ, tanda awal beliau akan kalah dalam pemilihan nanti itulah dia: Amaran.

Seronok jika DUN Melaka bubar. Kita akan sekali lagi bersaing untuk membina sebuah kerajaan yang bersih dari rasuah dan adil. Namun, ini bukanlah satu citarasa pemimpin utama dalam UMNO untuk mengadakan sebarang pilihanraya peringkat negeri tatkala dua tiga tempat pilihanraya kecil ini pun belum tentu mereka boleh menang.

Mari kita desak, desak bubar DUN Melaka. Tak kiralah kalau BN menang majoriti di Melaka selepas itu cuma yang ditekankan proses demokrasi mesti dilaksanakan. Melaka mesti dibersihkan dari najis rasuah.

Hish! Najis ni siapalah yang nak, kalau najis babi lagi lah aku tak nak!

Kita berharap agar Datuk Shah Rukh Khan akan datang semula ke Melaka bagi mententeramkan keadaan. Memandangkan beliau ialah seorang bergelar Datuk dari Melaka, beliau sangatlah berpengaruh di Melaka. Mungkin boleh juga jadi Ketua Menteri Melaka.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan