Follow je lah..


Jumaat, 29 Mei 2009

KDNK Menguncup Prestasi Dia Pun Menguncuplah

Berita yang tidak enak di dengar ialah apabila ekonomi negara kita gawat kerana pengurusan yang tidak cekap oleh para pentadbir negara. Dulu cakap ok-ok, ekonomi ok, tiada apa-apa masalah tetapi semalam apa dah jadi apabila menyusut 4% hingga 5%.

Sekarang ini Malaysia sudahpun diisytihar gawat. Tetapi sebab nak nama sedap sikit mereka letaklah nama 'kegawatan teknikal'. Pokoknya ekonomi sudah gawat dan margin ia juga besar. Silap hari bulan minyak naik harga lagi dengan beralasan kesan ekonomi global.

Mengenai hubungan ekonomi Malaysia dan ekonomi global, itu bukanlah kerja rakyat yang hidup kais pagi makan pagi dan dapat gaji bayar hutang. Hidup rakyat seluruhnya seperti itulah, yang kurang harta akan terus sebegitu dan yang kaya akan terus berendam di dalam harta yang banyak.

Nampaknya ekonomi gawat akan mencengkam rakyat yang kebiasaan ini. Perihal tiga orang yang dikurung dan dirantai oleh Along bukanlah hanya memberi pengajaran kepada rakyat. Tetapi sebenaranya ia juga adalah peringatan buat kerajaan yang mana rakyat kian terdesak dan mengalami kesempitan wang kerana ekonomi dah lembap.


Oleh itu, prestasi Kementerian Kewangan dah jatuh sebab masalah seperti ini. Rakyat sudah tidak didahulukan kerana rakyat dah kena belasah dengan Along dan prestasi mereka pun tidak memuaskan kita. Bersamalah kita berjimat cermat dan undi Pakatan di Penanti serta di Manek Urai.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan