Follow je lah..


Rabu, 17 Februari 2010

Tol Free Umpama Bagi Rakyat Mati


Beruntung balik kampung atau pergi ke mana-mana destinasi tanpa bayar duit tol. Maklumlah harga tol memang mahal lebih-lebih lagi jika ulang alik perjalanan. Rakyatlah menjadi mangsa setiap kali kenaikan harga tol. Dan apabila tiba musim cuti, tol lah menjadi tempat paling ramai di'kunjungi'.

Tindakan mereka yang memberi tol percuma tiap malam seolah menggalakkan rakyat berjalan pada waktu malam. Malam suasananya gelap dan kita akui bukan semua mampu memandu pada waktu itu. Memandu pada waktu malam sekurang-kurangnya anda tidak boleh ngantuk.

Tapi bukan semua kita biasa memandu malam untuk jarak jauh dan berjam-jam lamanya. Mungkin ada yang mahu berehat setelah penat berkerja pada siang hari itu. Atas 'sebab-sebab' inilah kita melihat ramai rakyat gagal memandu dengan baik dan mati ditengah jalan pada waktu malam!

Apa rasionalnya hendak bagi tol percuma pada waktu malam? Kalau nak bagi percuma, bagilah betul-betul. Ini orang melayu kata macam tak ikhlas je nak bagi. Sekarang kita lihat kemalangan yang beraku baru-baru ini berlaku pada waktu malam.

Nyawa melayang begitu sahaja. Kematian akibat kemalangan menjadi pembunuh utama rakyat Malaysia!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan