Follow je lah..


Isnin, 21 Februari 2011

Masuk Dalam Perut



Kali ini mengisahkan bagaimana dari usaha seseorang, yang ingin mengejar keduniaan ataupun bersikap tidak ambil berat. Banyak perkara yang telah ia lakukan namun tidak pernah mengira soal haram atau halal.

Makan makanan yang haram akhirnya yang haram itu akan masuk ke dalam perut kita. Menjadi darah yang akan mengalir ke seluruh saluran darah. Contoh makanan haram ialah arak, dadah, dan sebagainya. Ada..Melayu yang minum arak.

Kita mungkin tidak rasa gusar jika makan ditempat yang tiada pengesahan halal dari pihak berautoriti seperti JAKIM. Konon2nya hidup lebih versatile dan metro gitu! Tetapi hakikatnya kita meletakkan diri dalam tempat yang subhat (tak pasti halal atau haram). Orang yang tidak meninggalkan perkara subhat penuh kekotoran dalam agamanya. Pelik juga orang Islam/Melayu yang boleh telan dan teguk makanan yang terang2 dibuat oleh mereka yang bermata sepet bukan dari agama Islam.

Ada yang makan makanan yang halal, tetapi sumber pula dari yang haram. Hasil duit menipu orang, mencuri, rasuah, membuat tuntutan palsu dan banyak lagi. Sanggupkah kita untuk hidup dalam bergelumang dosa-dosa. Malah amalan kebaikan kita pula tiada pahala..hanya kosong '0'.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan