Follow je lah..


Isnin, 21 Mac 2011

Bantah Serangan Pakatan Barat!


Saya memandang serius apa yang kini berlaku di Libya. Campurtangan negara asing yang diterajui oleh barat hanya menambahkan lagi sengsara dan kecamuk. Hal ini mengambarkan bahawa serangan yang mereka lakukan seperti dirancang.

Jika inilah hakikatnya dunia hari ini, mana-mana negara boleh diserang. Sebagai maklum, sejak tahu 2000 ini banyak negara yang menjadi tempat ledakan bom negara barat dalah negara Islam.

Malaysia tidak terkecuali. Tetapi kerana Malaysia adalah sekutu Amerika, kita 'selamat'. Apa yang kita harapkan ialah, Malaysia memainkan peranan yang agresif pada peringkat antrabangsa.

Setakat menang emas atau juara dalam sukan antarabangsa, itu tak ke mana. Malaysia dibawah pimpinan Najib perlu menjadi orang tengah bagi menyelesaikan kemelut di Libya antara negara itu dengan pakatan barat.

Lemah dan dayus andai kita dibawah pakatan negara Islam tidak membantu isu ini. Kata orang, "'biarlah anak orang mati...bukan anak kita..."

Sumber image

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan