Follow je lah..

Jumaat, 18 Mac 2011

Skim Perkahwinan Pertamaku


Asyik dok sibuk kawin di Siam aka kawin lari..angka kawin lari membimbangkan..namun apa cara mereka untuk mengatasi masalah ini. Ada bagi bantuan atau skim kahwin? setakat skim rumah pertamaku ada la..mungkin boleh buat lepas ini Skim Perkahwinan Pertamaku??

Kes anak luar nikah dah capai beratus ribu, namun 'mereka' masih lagi selesa dan relaks.. kebejatan sosial ini didorong oleh keruntuhan aqidah yang gagal dibina atau diterap oleh pemimpin-pemimpin sekular BN.

Tambah lagi kini, kitab Bible versi bahasa melayu sudah boleh didapati. Sekali pandang, ia memang amat merisaukan kerana mampu menarik atau mempengaruhi anak melayu untuk bertukar agama atau murtad.

Ia hanya berlaku jika aqidah anak Melayu itu runtuh sudah aqidahnya..tetapi..hanya sedikit yang beriman. Di sekolah, pendidikan Islam pun ajar sipi2 sahaja, tak tekan bab aqidah, bab yang mana Allah sentiasa melihat kita..kalau ada, hanya segelintir dari inisiatif guru itu.

Berapa minit anak kita belajar agama di sekolah? Contoh; jadual tulis 50 minit satu hari, tolak main, tolak cikgu lambat, tolak sembang, tolak macam-macam..anak kita belajar agama tak sampai 50 minit..

Anak-anak ini yang bakal berhadapan dengan cabaran agama yang lebih berat termasuklah ancaman kitab bible berbahsa Melayu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan