Follow je lah..

Selasa, 15 Mac 2011

Semua Reaktor Nuklear Sudah Meletup

[sumber gambar: reuters]

Masih lagi berkisar tragedi Tsunami di Jepun..ia teralu membimbangkan kerana ia antara hidup dan mati. Isu ni menjadi topik hangat di blog ini.

Menurut satu sumber , kesan tsunami lebih membimbangkan kepada masyarakat dunia, termasuk negara kita!

Pada saat ini, kita tidak mahu kerajaan bertindak lambat. Tolong la!...

Pertama,
Kerjaan perlu membawa balik semua rakyat Malaysia di Jepun. Mereka lebih lagi dihimpit kebimbangan dan jaminan Wisma Putra bukanlah jaminan 100% sehingga mereka tidak diselamatkan. Membiarkan rakyat kita di sana adalah satu masalah besar kerana mereka bakal terdedah dengan banyak kemungkinan termasuk radiasi.

Sebagaimana kerajaan memanggil pulang rakyat Malaysia di Indonesia (gunung berapi), Mesir (rusuhan), dan hari ini pula di Jepun.

Kedua,
Langkah dan garis panduan dari Kementerian Kesihatan Malaysia harus dikeluarkan serta merta.Langkah-langkah menghadapi bencana radiasi perlu diberi pendidikan segera. Radiasi ni bukan boleh nampak macam jerebu tu, ia tak boleh nampak.

Ketiga,
Plan bencana Tsunami dan Gempa Bumi mesti disediakan. Langkah pencegahan termasuklah penempatan yang sesuai dan bekalan makanan perlu ditingkatkan. Jangan masih lagi dibuai angan-angan dan tugasan sehingga kita memandang rendah apa yang berlaku di Jepun. Ingat, Jepun di bawah rantau Asia, dan tidaklah terlalu jauh jaraknya dengan negara kita.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan