Follow je lah..

Isnin, 28 Januari 2008

Tips Pembelian Makanan

Di sini saya ingin sertakan beberapa tips terbaik untuk anda laksanakan. Makanan yang dimaksudkan ialah makanan mentah ataupun yang telah masak. Contoh makanan mentah ialah ayam, ikan, sayur, serta lain-lain dan makanan yang telah dimasak ialah seperti kuih, masakan panas, air dan sebagainya. Bagaimanapun, tips adalah sama untuk semua jenis makanan samada mentah ataupun masak.

Kesedaran kita dalam memilih makanan yang bagus-bagus adalah sangat penting. Ini tidaklah bermakna untuk anda menjadi seorang cerewet, tetapi sebagai langkah bijak dalam memilih makanan yang halal lagi baik (halalan toyyiba). Kita perlu faham bahawa setiap makanan akan menjadi darah daging kita dan mempengaruhi kesihatan tubuh badan.

1. Kebersihan
Kebersihan premis atau restoran adalah aspek yang terpenting untuk penilaian pertama anda. Kedai yang terjejas kebersihannya mampu mengundang penyakit dan tidak selesa. Anda tidak mahu makan ditempat yang busuk,bukan? Oleh itu, kedai yang bersih adalah pilihan pertama anda. Pastikan juga meja makan anda tidaklah bersebelahan tong sampah atau berdekatan dengan longkang mahupun parit kerana banyak kuman berada di situ.

2. Penjual
Peniaga yang bijak menarik hati pelanggan ialah peniaga yang menjaga penampilan dirinya. Ini termasuklah kebersihan pakaian, kekemasan (rambut, kuku, kasut), dan layanan mereka. Sejak kebelakangan ini, kita sering melihat peniaga yang tidak mempunyai penampilan yang baik. Contohnya ialah seorang peniaga lelaki memakai rantai ataupun peniaga wanita yang tidak menutup rambutnya menyediakan makanan anda. Sungguhpun makanan adalah halal atau bersih, tetapi di manakah keberkatan. Ada juga peniaga yang tidak menitik beratkan soal kebersihan seperti tidak membasuh tangan atau peralatan yang digunakan.

3.Tapak Niaga
Beberapa restoran memilih untuk menyediakan tapak perniagaan mereka di tempat yang lebih strategik dalam memikat pelanggan. Tempat kebiasaannya ialah seperti di bahu jalan dan di bawah pohon rendang. Tahukah anda tapak yang terletak di bahu jalan kebiasaannya lebih terdedah kepada habuk dan debu jalanraya manakala dibawah pokok mungkin terdedah pada serpihan daun ranting. Akan tetapi lebih bahaya lagi jika anda makan dibawah pokok lalu terkena tahi burung! Selain itu, pencahayaan juga penting dalam memilih tempat makanan. Ini bagi mengelakkan anda tersilap makan daripada benda yang sepatutnya anda tidak makan. Elakkan juga daripada memilih premis bersebelahan restoran atau pasar 'cina'. Ini bertujuan mengelakkan daripada pembawa penyakit seperi tikus. Maksud saya, apa yang dirisaukan sekali ialah tikus yang telah menjengah daging babi akan 'melawat' kedai yang bersebelahannya iaitu kedai yang anda ingin beli.

4. Harga Berpatutan
Barangkali ramai bersetuju jika biar harga mahal, asalkan makanan itu sedap. Ini satu langkah yang tepat. Apakah perasaan anda jika membeli makanan di satu tempat, rasanya tidak seberapa tetapi harganya mahal? Soalnya sekarang anda perlu bijak memilih makanan berdasarkan harga dan selera anda. Pastinya kedai yang anda kunjungi bukanlah kedai pertama anda, dan barulah anda tahu berpatutan atau tidak harganya dengan perkhidmatannya.

5.Informasi
Anda perlu tahu latar belakang kedai yang ingin anda beli. Maklumat ringkas mungkin anda boleh tahu daripada pemerhatian anda pada perniagaan mereka ataupun berdasarkan rujukan orang yang pernah berkunjung. Mungkin benar kedai yang ramai pelanggan lebih baik daripada kedai yang kurang pelanggannya. Di sinilah anda perlu mencari sedikit maklumat mengapa sesuatu kedai itu pelanggannya agak ramai atau kurang.

Tips ini bagaimanpun adalah satu panduan untuk anda mendapatkan makanan yang semestinya halal dan toyyiba. Jalan yang terbaik adalah terletak pada anda. Jika ingin mengambil inisiatif yang lebih berhati-hati, maka sediakanlah makanan anda sendiri. Makanan kita untuk kesihatan dan sumber kekuatan kita. Selamat mencuba tips di atas!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan