Follow je lah..

Rabu, 1 April 2009

Secupak Takkan Jadi SeGANTANG

Bukit Gantang, sebuah bukit yang bukan datangnya dari secupak. Ini kerana Bukit Gantang adalah sebuah bukit yang mempunyai masyarakat yang bijak pandai dan menjadikan Islam sebagai pegangan dalam hidupan. Meniti masa untuk pilihanraya, bagi Pakatan Rakyat, semua berjalan lancar.

Dengan kudrat BN, secupak tidak akan jadi segantang. Dosa lalu tidak akan mudah terpadam dibenak rakyat. Samada dosa atau kelemahan tidak akan terus tiba-tiba menjadi perkasa hanya dengan berhimpun seminggu di dewan PWTC. Hasrat berubah boleh jadi terbantut jika medan ini bukan mereka yang punya.

Semua berjalan lancar. Sekatan dari KDN dan polis kepada Pakatan Rakyat adalah asam garam yang boleh dibaca. Suara media pakatan adalah pertama yang akan dibisukan dan kemudian barulah mulut para penceramah. Untuk berceramah, permit sebagai syaratnya.

Jika ingin permit, mestilah berhubung dengan pihak polis. Semua syarat mesti dipatuhi dan polis juga mesti mematuhi polisi kerajaan pula. Kerana Polis adalah dibawah tanggungjawab kerajaan, semestinya mereka menurut arahan dari pemerintah yang sedia ada.

Namun kerja kempen tidak akan ditinggalkan. Daripada pucuk pimpinan parti sehinggalah pengibar bendera PAS, akan terus berasak-asak di Bukit Gantang supaya benteng bukit dapat dikukuhkan. Pondok panas akan dinaikkan dan menjadi pusat perhubungan bagi semua pengundi.

Zambry yang dikatakan MB Perak menjalankan tugasnya demi membalas jasa Najib yang memberinya kepercayaan untuk menjadi MB. Jika jatuh Zambry, mungkin tiada tangan rakyat yang mahu menghulurkannya. Penuh cabaran dan rintangan untuk beliau bagi memastikan beliau adalah yang hak. Tetapi, hak Zambry adalah pada tangan rakyat.

Rakyat bersuara:

"Hidup, hidup, hidup Rakyat, Bubar, bubar, bubar DUN!"

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan