Follow je lah..


Isnin, 12 Mei 2008

Demikianlah Khairy (KJ)

"Itulah Khairy" kata Tun Dr Mahathir satu ketika dahulu. Ada sesetengah orang yang menyampah dengannya dan ada juga yang mendukungnya. Sekalipun mungkin kita tidak pernah bermalam selama tiga hari di rumah KJ untuk mengenali hati budinya, tetapi cukuplah sekadar kenali beliau dari kaca mata politik.

Hari ini Parlimen riuh-rendah angkara KJ. Menurut sumber, KJ hanya cakap dan tidak membenarkan laluan kepada ahli parlimen lain untuk menjawab atau mencelah. KJ tidak memberi peluang kepada mereka. Selepas itu pula, ahli parlimen yang mentah ini mencari publisiti murahan dengan membuat akronim PKR kepada 'Projek Khinzir Rasaksa'. Ini secara tidak langsung adalah sebuah sindiran kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung isu babi di Selangor. Jawab Mahfuz, YB Pokok Sena dengan berseloroh, bukan 'PKR', tetapi Projek Babi Negara (P'BN').

Satu ketika dahulu juga KJ pernah ditanya mengenai ISA di Malaysia. Responnya "I tak boleh pakai badge ni sebab "I love ISA". Lagi pun family I belum ada yang kena ISA." Oh, inilah pemimpin yang bukan berjiwa rakyat tetapi pemimpin berjiwa anak-beranak. Biarlah rakyat terseksa kerana bukan anak-beranak atau anak-bini nya serta pak mertuanya yang terseksa oleh ISA.

Dalam salah satu entri dalam blogspot ini (sila klik), KJ gagal memartabatkan budi bahasa sedangkan beliau ialah orang Melayu yang terkenal dengan budi bahasa. Dengan menggunakan kata yang kasar, dia tidak juga segan silu memanggil rakyat yang berhimpun dan berkumpul secara aman di jalan raya itu sebagai monyet. Sehingga sekarang, KJ tidak menarik balik kata 'panggilan' itu.

Sekali-sekala ada soalan yang ditanya oleh wartawan atau sesiapa pun, KJ tidak dapat memberi komen dan mengelak soalan begitu kepadanya. Jawapan paling mudah dan paling popular "No comment" dan meminta diajukan soalan lain. Maka tidak hairanlah jika KJ tidak mampu berdebat dengan anak muda kerana KJ lebih selesa berkokok di tepi tangga.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan