Follow je lah..

Selasa, 13 Mei 2008

Lompat Parti: Benar

Hari ini adalah hari berteka-teki akan siapa akan berhasrat melompat parti. Kembalinya Anwar Ibrahim dalam dunia politik Malaysia mencetus satu lagi faktor iaitu yang dikenali sebagai faktor Anwar. Anwar Ibrahim, ketua Pakatan Rakyat memberi terus memberi harapan kepada rakyat dan memberi tekanan hebat kepada Barisan Nasional.

Sidang media yang dijalankan siang tadi menguatkan lagi desas-desus berita ini dan dilihat satu sidang media yang luar biasa. Sidang ini seolah-olahnya memberi signal kepada ahli Parlimen Sabah dan Sarawak untuk memasuki gear pertama untuk 'melompat'.

Anwar kerap bermain psikologi terutamanya terhadap pemimpin BN. Antara mainannya ialah beliau pernah berkata "Bila saya masuk Parlimen, saya tak kan keluar". Apakah maksudnya? Itulah antara psikologi senjata Anwar bertujuan untuk memberi satu kesan mendalam dan tanda tanya kepada senario politik akan datang.

Dengan mendengar cakap-cakap dari ahli Parlimen Sabah seperti baru-baru ini, kebenaran kata-kata Anwar seolah semakin jelas. Mereka yang sebahagiannya tidak bersetuju dengan cara BN terhadap mereka berhasrat untuk berhijrah parti. Itulah puncanya mengapa mereka harus bertukar parti.

Jika lompat parti ini dipanggil sebagai hijrah, ia adalah sesuatu yang baik. Hijrah yang bererti keluar dari sesuatu kepompong yang tidak baik kepada yang baik, adil, dan bersih. Dalam konteks ini, hijrah dimaksudkan kepada keluar dari BN yang korup kepada Pakatan Rakyat yang membela rakyat. Membela rakyat Sabah dan Sarawak agar nasib pendidikan, masa depan, dan sebagainya lebih terjamin.

Sekiranya isu lompat parti ini tidak benar, Anwar tidak mungkin begitu beria-ia menghebahkan berita ini. Malah jika Anwar hanya bercakap kosong, kemungkinan besar beliau akan berhadapan dengan krisis kejujuran atau penipuan. Sekiranya ini tidak benar, Pakatan Rakyat kemungkinan besar kehilangan kepercayaan dari rakyat Malaysia dan itu adalah mustahil. Oleh itu, hal ini adalah serius dan tidak boleh dibuat main-main sembarangan serta menjadi perhatian.

Demi kebaikan Pakatan Rakyat yang telah dibina, berita ini harus dianggap benar. Walaubagaimanapun, rakyat tetap mahu melihat realisasi dari kata-kata dan perubahan cara di era harapan baru untuk Malaysia.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan