Follow je lah..


Rabu, 14 Mei 2008

Kalau Seorang Diri

Ibrahim Ali telah menyatakan hasratnya untuk menyertai parti politik kerana beliau yang memegang jawatan sebagai ahli Palimen Bebas. Kebebasan itu akhirnya tidak membawa beliau kemana-mana.

Beliau seorang yang sering dilihat sebagai 'lone renjer' apabila memasuki fasa pilihanraya. Prinsip dan pegangan beliau yang sebegitulah menyebabkan beliau bergerak sedemikian. Namun beliau tetap terus tekad berjuang dan beliau telah menang pada PRU-12 yang lalu.

Kemenangan pada waktu itu adalah kerana beliau 'bergabung' dengan PAS. Beliau menyedari kelebihan sekiranya beliau berserta dengan PAS kerana melihat mesej rakyat. Dan beliau menang, tetapi beliau tetap lagi seorang diri.

Beliau juga ialah bekas Ketua UMNO bahagian Pasir Mas. Ini bererti beliau bukanlah asing di kalangan orang UMNO terutamanya UMNO Kelantan.

Berdasarkan rekod, beliau juga pernah ditahan ISA. Tatkala itu beliau ialah seorang rakan kepada Anwar Ibrahim. Namun apabila masa berlalu, segalanya mungkin tidak sama seperti dahulu lagi.

Oleh itu, parti mana yang menjadi pilihan beliau untuk memeluk, adalah keuntungan kepada parti itu. Katanya, PKR belum lagi mempelawa beliau. Bagi PAS, Mursyidul Am bersedia menerimanya tetapi tidak mempelawa. Ini kerana untuk mempelawanya bukanlah keutamaan.

Berkata Tuan Guru dengan penuh kebijaksanaan "Saya tidak suka mempelawa kerana saya suka memberi dakwah dan memberikan penerangan. Mempelawa itu tidak penting."

Pilihlah yang mana satu. Pilihan Ibrahim akan menjadi penanda arah ke mana arah sebenar perjuangan beliau. Adakah perjuangan Melayu semata-mata atau sebaliknya. Anda perlu untuk bersama.

1 ulasan:

Yan Norayhunt berkata...

Semoga istiqamah
Salam ziarah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan