Follow je lah..


Khamis, 5 Jun 2008

Naik Minyak Langkah Akhir

Sekiranya gajah 'naik minyak' maka pasti hancurlah kampung dikerjakan. Begitu jugalah apabila naik minyak kerajaan Dolah Badawi, maka hancurlah juga kerajaannya itu sekonyong-konyongnya. Berita kenaikan minyak disambut dengan kesesakan jalan raya akibat rakyat berpusu-pusu memenuhi tangki untuk titisan minyak terakhir yang behraga RM1.92 seliter. Seluruh stesen minyak sesak semalaman seperti esok sudah tiada minyak lagi untuk kita.

Dolah mengakui yang menaikkan harga minyak adalah tindakan tidak popular. Sudah pasti kenaikan minyak ini bukan dibincang sehari dua malah dijalankan kajian yang mendalam. Hanya masa untuk mengisytiharkan kenaikannya sahaja mestilah sesuai. Maka semalam adalah waktu yang sesuai mengikut pekiraan Dolah.

Bayangkan jika pengumuman ini dilakukan sebelum pilihanraya, pasti tindakan ini akan menambahkan lagi kekalahan dan barangkali Barisan Nasional sudah menjadi pembangkang sewaktu ini. Ini kerana pada masa yang sama, Anwar (Pakatan Rakyat) menaruh janji untuk menurunkan harga minyak. Bulan Jun ini melihatkan harga minyak naik, kerajaan pakatan Rakyat di Selangor berusaha memberi air percuma kepada rakyat.

Terima kasih kepada pengundi BN dan mereka yang menyokong perjuangan BN. Hadiah kenaikan harga minyak ini adalah hadiah bagi mereka. Pasti mereka tidak mengeluh dengan kenaikan harga ini dan berlapang dada. Cuma rakyat yang berada pada kelas sederhana dan bawahan, kenaikan harga minyak ini memberi kekeluhan yang berpanjangan.

Sudah semua sedia tahu sejak dari dahulu lagi, apabila harga minyak naik, harga barang dan tambang tidak mahu ketinggalan untuk naik. Harga barang pasti akan melambung ataupun tidak, harga tetap kekal, tetapi kualiti dan kuantiti dikurangkan. Inilah menunjukkan bahawa taraf hidup semakin tinggi yang mebimbangkan.

Inilah langkah akhir bagi Dolah untuk menaikkan harga minyak kerana beliau tahu rakyat pasti tertekan dan memprotes dengan keputusannya. Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) yang ditubuhkan memberi masa lima minggu buat kerajaan menarik balik kenaikan harga minyak ini. Ia tekad dari keazaman yang tinggi memastikan gerakan ini terus berjaya.

Alih-alih, kerajaan memberi bandingan harga minyak di Malaysia berbanding dengan harga negara serantau seperti Laos, Kemboja, Thailand, dan lain-lain. Malaysia harus sedar bahawa negara ini adalah negara pengeluar minyak dan tidak adil jika dibandingkan dengan sedemikian cara. Jika di Indonesia, kenaikanharga minyak passti mencetus kemarahan atau rusuhan tetapi di Malaysia, rakyat tenang menerimanya. Namun, peringatan untuk Dolah, jangan sangka air yang tenang tiada buaya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan