Follow je lah..


Sabtu, 7 Jun 2008

Menjadi Keperihatinan Tuanku


Daulat Tuanku. Dalam satu titah Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) malam semalam di kaca televisyen, baginda telah menekankan beberapa perkara yang menjadi perhatian umum. Dari perkara kerajaan sehinggalah kepada urusan rakyat. Jelas dan padat isinya yang harus diambil berat dan dijayakan.

Perkara pertama adalah mengukuhkan institusi kehakiman. Memandangkan kehakiman adalah paksi keadilan, maka sebarang bentuk kerosakan badan itu boleh menjejas keadilan negara malah menhiruk-pikuk kan keamanan. Apabila orang yang salah dikira benar dan orang baik dikira salah, maka sudah tiada ertinya lagi keadilan. Bencana inilah yang perlu ditakuti kerana di situ akan menjadi proksi kezaliman. Orang yang jahat itulah orang yang berwang, berkuasa, dan bermaharaja.

Rasuah masih belum betul-betul dapat ditangani di negara kita. Mereka yang rasuah pada peringkat bawahan akan dikena hukuman tetapi pada peringkat atasan, bermacam alasan dikeluarkan agar si durjana itu terlepas dari tindakan. BPR bidang kuasa yang terhad dan masih bermain-main dengan karenah birokrasi tanpa henti. Akhirnya rasuah tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Kata Ezam, UMNO perangi rasuah.

Akhbar, berita TV, dan media kembalilah kepada kebenaran dan etika kewartawanan. Janganlah apabila tiba pilihanraya, etika mudah dibeli dan kejujuran senang dijual. Habis pilihanraya barulah mahu membuat liputan adil, itu tidak profesional. Dasar dan etika sudah cantik dan baik, tetapi dirosakkan oleh golongan keparat.

YDPA menyeru agar rakyat bersabar dalam menghdapi kenaikan harga minyak. Kerajaan memerintah kini adalah kerajaan yang tidak stabil. Pelbagai perkara yang sukar perlu diterima mungkin tiba-tiba. Tiada siapa dapat menduga kenaikan harga minyak yang begitu melonjak tinggi. Mereka berkata harga minya naik bulan Ogos, tetapi belum sempat pertengahan Jun, harga minyak melambung tinggi.

Inilah sebahagian perkara menjadi keperihatian YDPA kepada masalah rakyat. Sultan Mizan dijulang rakyat. Selamat hari Keputeraan Tuanku Baginda.

1 ulasan:

HANA bUdaK cEkElAt berkata...

header tu rakan saya yg buat... salam kembali

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan