Follow je lah..

Isnin, 6 Julai 2009

Kepada Penyokong MU

Kali ini penyokong MU kena memainkan peranan penting dan berkomited tinggi. Sepertimana mereka sanggup duduk di depan televisyen setiap kali perlawanan, maka perlawanan yang terbaru ini juga adalah yang terpenting jua. Kita akan gegarkan gawang pihak lawan, kerana penyokong MU sentiasa hebat dan bersemangat.

MU ialah Manek Urai.

Apapun, penyokong Manchester United (MU juga) mesti tolong MU yang di Kelantan ini. Penamaan dah selamat berjalan langsung. Kerana Manek Urai tuan rumahnya adalah PAS, maka penyokong MU harus mempertahankan MU Kelantan ini.

Peluang MU Kelantan untuk menang akan tipis jika kita tidak membantu. Biarpun MU adalah tuan rumah, namun pasukan pendatang sanggup menggadaikan apa sahaja memastikan penyerang utama MU iaitu Mohd Fauzi Abdullah.

Mari pakat adik-kakak semua kita turun padang. Kibarkan bendera tuan rumah dan beri penjelasan isu semasa. Modal kita tengah banyak untuk menghentam pasukan pendatang itu. Ini adalah perlawanan yang sangat penting dan bukti kekuatan Pakatan Rakyat.

Sokongan padu dari semua penyokong MU amat dikehendaki. Beri kosenterasi pada hal ini, kerana ia adalah maruah pasukan MU juga. MU pantang kalah, tetapi sekali sekala kena lah kalah juga...adat perlawanan. Tetapi bukan untuk MU Kelantan. MU Kelantan dibawah pimpinan PAS. Jangan bakar stadium ya..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan