Pernahkah anda mengalami kegagalan...bukankah kegagalan itu menyebabkan anda berasa kecewa? Apa tidaknya, anda telah berusaha sedaya upaya tetapi hasilnya adalah kegagalan.
Bermulalah dari kegagalan untuk kita lebih berjaya. Ya, kita sepatutnya sedih sekiranya kita gagal. Akan tetapi dimanakah berakhirnya sebuah kesedihan itu? Jiwa yang selalu dihimpit kesedihan kerana kegagalan akan menyukarkan lagi kita untuk terus bangkit dari sebuah kegagalan.
Sesungguhnya, kegagalan yang kita terima adalah sebuah ketentuan yang paling layak bagi kita. Beriman kepada Qada' dan Qadar adalah rukun iman yang keenam. Oleh itu kita harus yakin dengan ketentuan atau keputusan kegagalan yang telah kita terima. ALLAH mengetahui apa yang kita tidak ketahui.
Semoga dengan ujian seumpama ini akan memberi kita ketenangan. Ketenangan yang datang dari keimanan kita kepada Qada` dan Qadar. Bina semula kekuatan dalam diri dengan menyiasat punca kegagalan dan memperbaiki kelemahan kita.
Sebenarnya, kejayaan perlu menempuh pelbagai liku dan onak duri. Teruskan usaha dan usahlah patah ke belakang. Kita akan berjaya. InsyaALLAH.
Follow je lah..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Bacalah juga:
-
Perayaan Tahun Baru Cina (TBC) pada tahun ini adalah perayaan bagi memasuki kalender baru Tahun Tikus. Biarlah apa pun tahun yang dilalui, ...
-
Wajah siapakah yang tiba-tiba terbentuk itu? Kelihatan seperti wajah manusia yang sedang memejamkan mata kerana menahan kesakitan yang perit...
-
Perlis bergolak sesama mereka dalam memilih dan menentukan siapakah bakal menjadi calon dan mungkin memegang jawatan Menteri Besar . Berikut...
1 ulasan:
"nak tanak kita kna cuba arah positif. kehidupan.. kalo tak positif susah la"
i got this msg..
Catat Ulasan